Pelancaran Program Ihya'Ramadan 1439H/2018
Tarikh/Hari/Masa:
16 Mei 2018/ Rabu/ 2.30 petang-4.00 petang
Tempat:
Dewan Terbuka SMK BBST
Sasaran:
Pelajar Tingkatan 1 dan 2 serta semua guru sesi petang.
Anjuran:
Panitia Pendidikan Islam
Objektif:
1. Menghidupkan Ramadan dengan aktiviti yang berfaedah
2. Memperkukuhkan fahaman pelajar tentang kepentingan puasa di bulan Ramadan sebagai ibadah yang menjana keperibadian Muslim.
3. Melahirkan generasi muda yang bermotivasi, sabar, ikhlas dan ihsan melalui amalan sedekah.
Laporan:
Program telah berjalan lancar seperti yang dirancang dan meriah. Pelancaran program telah disempurnakan dengan gimik memotong reben bunting khas Ramadan untuk penghebahan program kepada warga sekolah. Program diteruskan dengan bacaan ayat Al-Quran berkaitan kewajipan ibadah puasa, penyampaian bingkisan Ramadan dan persembahan nasyid oleh pelajar lelaki. Walaubagaimanapun perlu ada penambahbaikan seperti kawalan disiplin pelajar dan ketepatan masa.
Upacara perasmian Program Ihya Ramadan oleh Tuan Haji Muhammad Yusri bin Dahrumi, Pengetua SMK BBST. |
Ucapan perasmian oleh Tn Pengetua SMK BBST |
Persembahan nasyid pelajar memeriahkan lagi upacara pelancaran Program Ihya Ramadan. |