Tuesday, June 5, 2018

CERAMAH NUZUL QURAN, SUMBANGAN KEPADA PELAJAR ASNAF DAN IFTAR PERDANA SEMPENA IHYA RAMADAN 1439H/2018

Tajuk:
Ceramah Nuzul Quran, Sumbangan kepada pelajar asnaf dan Iftar Perdana Sempena Ihya' Ramadan 1439H/2018

Tarikh/Hari/Masa:
1 June 2018/ Jumaat/ 10.30 pagi - 12.00 tengahari dan 5.30 petang - 10.30 malam

Tempat:
Dewan Terbuka SMK BBST

Sasaran:
Semua Warga SMK BBST

Anjuran:
Panitia Pendidikan Islam, Kebagus, PPKI dan Asrama

Objektif:
1. Memperingati dan mengambil iktibar dari peristiwa penurunan Al-Quran
2. Memperkukuh kefahaman pelajar tentang kepentingan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan.
3. Melahirakn generasi muda yang bermotivasi, sabar, ikhlas dan ihsan melalui amalan sedekah.
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga sekolah.

Laporan:
Program telah berjalan lancar seperti yang dirancang dan meriah. Program telah dimulakan dengan bacaan Yasin dan diteruskan dengan ceramah nuzul Quran yang penuh bersemangan oleh Ustaz Zaid bin Muhammad (Pengasas PUPAQSI). Program disambung pada sebelah petang dengan pengagihan sumbangan kepada pelajar asnaf seterusnya iftar perdana, solat terawih dan diakhiri dengan perkongsian perkembangan Palestin oleh imam dari Mycare Palestin. Walaubagaimanapun perlu ada penambahbaikan seperti kawalan disiplin pelajar, kebersihan dan ketetapan masa.

Penyerahan sumbangan kepada pelajar asnaf.

Perkongsian perkembangan di Palestin oleh Imam dari Palestin (Mycare)

Iftar Perdana 2018

Ceramah Nuzul Quean oleh Ustaz Zaid bin Muhammad (Pengasas PUPAQSI)