Program Lambaian Kaabah
Tarikh/Hari/Masa:
2 April 2018/ Isnin/ 8.30 pagi - 12.30 tengahari.
Tempat:
Surau SMK BBST (teori) dan Dataran Pengetua (praktikal)
Sasaran:
Pelajar Tingkatan 4
Anjuran:
Panitia Pendidikan Islam
Jurulatih:
En. Zaid Muhammad Bin Mohd Rais (Pengarah Urusan Pusat Pengajian Al-Quran Sistem Individu (PUPAQSI))
Objektif:
1.Memberi pengalaman kepada pelajar untuk merasai suasana sebenar mengerjakan haji.
2. Memperkukuh fahaman pembelajaran di dalam kelas dengan bantuan praktikal kerja haji yang sebenar.
3. Melahirkan generasi muda yang bermotivasi dan bercita-cita untuk mengerjakan haji dengan amalan menabung sedari awal.
Laporan:
Program telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Pelajar didedahkan dengan ilmu dan pengalaman sebenar mengerjakan ibadah haji. Program dimantapkan dengan simulasi menggunakan peralatan seperti model kaabah, mas'a, mataf dan lain-lain. Program dibantu dengan audio visual yang berkesan. Walaubagaimanapun perlu ada penambahbaikan seperti kawalan disiplin pelajar dan ketetapan masa.
Model Kaabah dan Mataf |
Amali pemakaian ihram oleh jemaah lelaki. |
Pelajar melakukan amali kerja -kerja ibadah haji seperti tawaf, saie, melontar dan bertahalul dengan teruja dan bersemangat. |
Pelajar melakukan amali kerja -kerja ibadah haji seperti tawaf, saie, melontar dan bertahalul dengan teruja dan bersemangat. |