CPD TeachSmart 3.3 - ALAT BERFIKIR DAN PENYOALAN EFEKTIF
Tarikh,Hari,Masa
12,14 dan 15 Februari 2018- Isnin/Selasa/Khamis/ 2:00 petang - 4:petang / 11:00 pg - 1:00 petang
Tempat :
Bilik Bahasa SMK bandar Baru Salak Tinggi
Sasaran :
Semua Guru SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Anjuran :
Program Sekolah Amanah (TeachSmart Programme )
Matlamat CPD :
1. Mengukuh dan meningkatkan amalan terbaik PDPC di dalam bilik darjah dalam kalangan guru SMKBBST dengan menggunakan kemahiran menyoal yang berkesan dan penggunaan alat-alat berfikir yang relevan dan menarik untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan keberkesanan amalan guru seterusnya meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Pembelajaran Abad ke-21.
Objektif CPD :
Untuk mengukuhkan dan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru tentang kaedah dan strategi pengajaran di dalam bilik darjah
Kriteria Kejayaan:
Peserta kursus dianggap berjaya jika dapat:
1. Mengenal pasti jenis dan ciri-ciri penyoalan yang efektif
2. Mengenal pasti alat-alat berfikir
3. Melaksanakan mikro teaching menggunakan alat-alat berfikit dan penyoalan efektif.
Penceramah/Fasilitator/Middle Leader
1. Pn.Nik Noraihan bt Abd Hamid
2. Pn.Zarina bt Ibahim
3. Pn.Nurul Shazaliza bt Yahya
4. Pn.Mazuin bt Mustafa
5. Pn.Sharifah bt Bahari
Pelaporan :
CPD ini dilaksanakan bagi membaiki dan mengukuhkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru SMK BBST tentang strategi pdpc menggunakan alat-alat berfikir dan penyoalan efektif bagi meningkatkan kualiti amalan pdpc masing-masing agar dapat meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid.
Beberapa kumpulan telah ditetapkan oleh pihak SLT. Setiap kumpulan diminta melaksanakan sesi "micro teaching" dalam tempoh masa 10 minit. Pelaksanaan micro teaching ini diharapkan dapat membantu meningkatkan pemahaman dan menyumbang idea kepada guru-guru tentang pengaplikasian atau pelaksanaannya semasa pdpc di dalam bilik darjah.
Pelaporan Bergambar
Pelaporan Bergambar
Pembentangan oleh ML Pn Nik Noraihan bt Abd Hamid |
Antara peserta CPD |
Pemantauan oleh wakil PPD Sepang |
Sesi Micro Teaching |
Sesi Micro Teaching |
Kumpulan Middle Leader yang terlibat sebagai pembentang |