Tuesday, May 8, 2018

LAWATAN PENANDA ARASAN DARI SMK BALUNG, TAWAU, SABAH

Nama Program :
Majlis Sambutan Lawatan Penanda Arasan dari SMK Balung, Tawau, Sabah


Tarikh,Hari,Masa
29 Mac 2018- Khamis / 12:00 tengah hari  - 2:30 petang 

Tempat :
Dewan Terbuka / VLE Frog Classroom / Bilik Mesyuarat / Blok Tingkatan Enam SMK bandar Baru Salak Tinggi


Pengenalan :
Program Lawatan Penanda Arasan guru Tingkatan Enam dari SMK Balung, Tawau ke SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang merupakan satu program perkongsian  maklumat  mengenai program-program yang dilaksanakan bagi memperkasa Tingkatan Enam.

Objektif :

Objektif lawatan adalah untuk melihat dan berkongsi ilmu yang berkaitan    dengan:
   3.1   Sistem pengurusan Tingkatan Enam di sekolah
   3.2   Sistem fail dan dokumentasi
   3.3   Program kecemerlangan akademik
   3.4   Budaya sekolah
   3.5   Pengurusan Kerja Kursus

Rasional


Selaras dengan dunia teknologi masa kini, pelbagai kaedah yang berkesan dapat dilaksanakan terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, hubungan dua hala ini diharapkan dapat meningkatkan kemenjadian pelajar dalam semua aspek sama ada akademik, kokurikulum maupun sahsiah pelajar

Sasaran :
Semua tetamu dari SMK Balung Sabah,  SLT/GKMP, guru Tingkatan Enam dan pelajar Tingkatan Enam SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Anjuran :
Unit Tingkatan Enam SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Pelaporan :

Atur Cara Majlis :

12:00 tgh.
Ketibaan tetamu
12.05 tgh.
Sesi bergambar di Dewan Sanggar  Wacana 
12:20 tgh.
Lawatan ke bilik Frog VLE
12:30 tgh.
Bergerak ke Bilik Mesyuarat
Bacaan Doa
Persembahan montaj
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Ucapan Pengetua
Ucapan wakil SMK Balung
Upacara menandatangani MOU
Penyampaian cenderamata
1:30 ptg.
Jamuan
2:00 ptg.
Lawatan ke bilik darjah di  Blok Tingkatan Enam
Sesi Bergambar
Majlis Bersurai


Pada hari ini, kira-kira pada pukul 12:00 tengah hari, seramai sebelas orang Guru Tingkatan Enam dari SMK Balung, Tawau, Sabah telah sudi datang berkunjung ke SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Sebelum itu mereka telah melawat ke SMK Sg.Pelek pada awal paginya. Alhamdulillah majlis sambutan ini berjalan lancar. Komunikasi dua hala berlaku dalam suasana yang harmoni dan sangat mesra walaupun baru pertama kali bertemu. Pihak tetamu amat berharap akan berlaku kunjungan balas dari SMK BBST ke sekolah mereka pula. Majlis tamat kira-kira pada pukul 2:30 petang.


Sambutan Kehadiran Tetamu




 Sesi Bergambar di Dewan Sanggar Wacana


Lawatan ke Bilik VLE Frog 

 Sesi pdpc MUET oleh Pn Nor Razalina


Sesi Perkenalan dan Perkongsian Ilmu di Bilik Gerakan




Sesi Menandatangani MOU Pendidikan 



Penyampaian Cenderamata




 Lawatan ke Bilik Darjah di Blok Tingkatan Enam


 Di Kelas Enam Atas Dua



Sesi Bergambar di Blok Tingkatan Enam



Tetamu Bergerak Pulang