Saturday, May 12, 2018

CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD) 3.2 - CATCH-UP SESSION



Tajuk Program :
CATCH-UP SESSION -  CPD TeachSmart 3.2 - Kajian Tindakan

Tarikh,Hari,Masa

14 Mac 2018- Rabu 2:00 petang - 4:petang

Tempat :
Bilik Bahasa SMK bandar Baru Salak Tinggi

Sasaran :
Guru-guru Baharu dan Guru yang tidak hadir semasa CPD 3.2  dijalankan.

Anjuran :
Program Sekolah Amanah (TeachSmart Programme )

Matlamat CPD :
1. Ke arah membudayakan guru-guru SMK BBST menggunakan pelbagai data dan melaksanakan kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan keberkesanan amalan guru seterusnya  meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia  menerusi  Pembelajaran Abad ke-21.

2.  melayakkan SMKBBST untuk mendapat akreditasi Program Sekolah Amanah dengan sekurang-kurangnya 70% guru melaksanakan Kajian Tindakan untuk meningkatkan amalan pdpc mereka dan menambahbaik perkembangan dan pencapaian murid

Objektif CPD :
Untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru tentang Kajian Tindakan

Kriteria Kejayaan:
Peserta kursus dianggap berjaya jika dapat:

1. Mengenal pasti tujuan kajian tindakan
2. Mengenal pasti format penulisan  proposal kajian tindakan
3. Mengenal pasti format penulisan laporan kajian tindakan
4. Mengenal pasti cara mengenal pasti  isu atau fokus kajian tindakan


Penceramah/Fasilitator/Middle Leader

1. Datin Rosnani bt Ab.Latif
2. Pn.Hamizah bt Yeop Yahya
3. Pn Siti Suryani bt Malat
4. Pn.Siti Zamhemrah bt Mat Ghani
5. Pn.Puvana a/p Palanisamy

Pelaporan :



Catch-up Session untuk CPD di bawah tajuk kajian tindakan ini diadakan bagi memastikan semua guru SMK BBST diberi pendedahan tentang proses kajian tindakan dan melaksanakan kajian tindakan sebagai satu sasaran guru ( teacher target ) untuk tahun 2018. Di samping itu diharapkan juga dengan adanya pendedahan ini, guru-guru SMKBBST akan melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan pdpc masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan ini yang melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati agar dapat meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid. 



Pelaporan Bergambar




Antara Peserta yang Hadir