Tuesday, January 30, 2018

AKTIVITI PELAZIMAN PENGURUSAN DIRI MURID ASRAMA TAHUN 2018

Tajuk :
Aktiviti Pelaziman Pengurusan Diri Murid Asrama SMK.BBST Tahun 2018

Tarikh / Hari / Masa:
21 Januari 2018  / Ahad / 9.00 pagi -12.00 Tengahari

Tempat:
Asrama SMK BBST.

Sasaran:
Semua Murid Asrama SMK BBST.

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST

Penceramah/Fasilitator :
Kaunselor SMK.BBST

Pelaporan:

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan aktiviti Pelaziman Pengurusan Diri Murid Asrama pada hari Ahad 21 Januari 2018 bertempat di asrama SMK.BBST pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Objektif pelaziman ini adalah untuk mendidik murid yang tinggal di asrama belajar mengurus diri seperti mengemas katil, menyusun kasut dan selipar, mengemas almari, dorm dan sebagainya bagi memastikan asrama sentiasa bersih dan kemas dan menjadi tempat yang selesa untuk dihuni. Murid asrama juga diberi taklimat berkaitan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua penghuninya termasuk peraturan di dalam dorm. Selain itu, objektif pelaziman juga menerapkan sikap saling bantu membantu dan menggalakan pelajar yang lebih senior untuk membimbing murid baru asrama belajar menyesuaikan diri. Kaunselor turut mengadakan aktiviti demonstrasi mengemas cadar katil di dewan makan asrama dan mengadakan lawatan ke setiap dorm bagi memastikan objektif pelaziman ini tercapai.
Aktiviti mengemas dorm

Menyusun kasut dan selipar


Kekemasan Katil

Lawatan Kaunselor ke Dorm

Aktiviti MEnyusun Kasut dan Selipar

Taklimat Peraturan Pengurusan Diri

Demonstrasi Mengemas Cadar Katil












PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD) SMK.BBST TAHUN 2018

Tajuk :
Program Transformasi Diri (PTD) SMK. Bandar Salak Tinggi

Tarikh / Hari / Masa:
15 Januari 2018 sehingga 1 Februari 2018 / Isnin - Jumaat / 9.00 pagi -10.30 pagi

Tempat:
Bilik Gerakan SMK BBST.

Sasaran:
Semua Murid Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 SMK BBST.

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST

Penceramah/Fasilitator :
Kaunselor SMK.BBST

Pelaporan:

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Program Transformasi Diri (PTD) bermula dari 15 Januari 2018 hingga 1 Februari 2018 bertempat di Bilik Gerakan SMK.BBST pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi iaitu setiap hari hari Isnin hingga Jumaat. Program PTD merupakan program Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang mewajibkan semua sekolah rendah dan menengah di negeri Selangor melaksanakannya. Objektif program adalah membantu murid membuat persediaan minda atau 'mind setting" pada awal tahun persekolahan terutama dalam bidang akademik serta membuat perancangan matlamat yang ingin dicapai atau 'Goal Setting" dengan kaedah yang betul. Dalam Program PTD ini, Kaunselor akan membantu murid dengan menerapkan pelbagai kaedah dan kemahiran yang sesuai untuk membantu murid meningkatkan prestasi akademik masing-masing seperti Kemahiran Belajar, Komunikasi Berkesan, Membina Matlamat Diri dan sebagainya. Program ini dilaksanakan oleh Kaunselor pelajar untuk semua murid SMK.BBST mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi setiap kelas. Adalah diharapkan program PTD akan dapat membantu murid untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari seterusnya membantu memotivasikan diri untuk berjaya dengan lebih cemerlang dalam akademik dan bidang-bidang lain.

Sesi Pembentangan Jadual Harian Individu

Komunikasi Berkesan & Keyakinan Diri

Merangka Jadual Belajar Individu

Sesi regangan atasi stress

Perkongsian kaedah belajar




Monday, January 29, 2018

PELAZIMAN SOLAT MURID TINGKATAN SATU SMK. BBST TAHUN 2018

Tajuk :

Pelaziman Solat Murid Tingkatan Satu SMK BBST 2018.



Tarikh / Hari / Masa:
29 Disember 2017 / Jumaat / 8.00 pagi -11.00 pagi



Tempat:
Dewan Terbuka dan Surau SMK BBST.



Sasaran:
Murid Tingkatan Satu SMK BBST.



Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST.

Penceramah/Fasilitator :
Kaunselor SMK.BBST




Pelaporan:

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan aktiviti Pelaziman Solat sewaktu sesi orientasi murid tingkatan satu pada 29 Disember 2017 bertempat di Dewan Terbuka dan di Surau sekolah. Pelaziman ini telah diuruskan sepenuhnya oleh Pengawas tingkatan 2 dan telah dibimbing dan dilatih oleh Kaunselor sekolah. Pengawas ini bertanggungjawab memastikan Pelaziman Solat murid sesi petang akan berjalan lancar dan teratur sebaik sahaja sesi persekolahan tahun 2018 bermula pada 3 Januari. Kesimpulannya, Pelaziman solat ini bertujuan menjadikan murid lebih berdisiplin serta menunaikan solat diawal waktu dalam keadaan yang tertib, senyap dan terkawal. Pelaziman ini juga dapat membantu mencegah murid daripada ponteng solat.


Pengawas sedang dilatih oleh Puan Suryati bt Ismail (Kaunselor)
 

Persediaan untuk solat berjemaah


Murid telah menyusun kasut dan beg murid sebelum beredar ke surau












Sunday, January 28, 2018

Pertandingan:Kejohanan Silat Gema Pusaka 2018, Peringkat Kebangsaan.
Dan Majlis Adat Istiadat Penganugerahan Sandang Kebesaran Lusaka Gayong Malaysia.

Tarikh: 16 - 19 Jan 2018                       Hari: Selasa - Jumaat

Anjuran : PSSPGM
Penganjur Bersama : 
MARA Japan Industrial Institute ( MJII)

Tempat : Dewan Hyogo MJII, Beranang , Selangor.

Nama peserta:

 1. Siti Nurshafiqah Bt Mohd Rafiza ( 5PP2) - memperolehi Perak
2. Muhammad Hafis Ikhwan B. Mohamad Razi ( 4MPV )

  - memperolehi emas.
Peseeta lelaki mendapat pingat Emas. Tahniah diucapkan.


Perserta perempuan paling kiri wakil dari SMKBBST mendapat pingat Perak.Tahniah.
Program : Hari Cakna Kokurikulum 2018

Tarikh : 17hhb Januari 2018

Hari : Rabu

Matlamat program :

  • Memberi kesedaran kepada semua murid akan kepentingan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum.
  • Memberitahu semua warga sekolah bahawa majlis ini merupakan pemula kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum bagi tahun 2018.
  • Mewujudkan budaya kerjasama di kalangan seluruh warga sekolah supaya pelaksanaan aktiviti kokurikulum dapat berjalan dengan lancar.



Pasukan Taekwando jemputan bergambar bersama KRS SMKBBST sselepas acara perasmian Hari Cakna Kokurikulum 2018 bersama-sama barisan pentadbir SMKBBST.

Ketua KRS SMKBBST melapor diri kepada En Abd. Aziz selaku perasmi sebelum memulakan Majlis Perasmian Hari Cakna Kokurikulum 2018

Selesai upaca perasmian oleh En. Abd Aziz, Penyelia Kokurikulum Daerah Sepang.


Wednesday, January 10, 2018

PENDAFTARAN KOKURIKULUM SMARTCO 2018

TAJUK: 
Pendaftaran Kokurikulum Online SmartCo 2018



Pendaftaran Kokurikulum Online SmartCo telah dibuka bermula 5 Januari 2018 sehingga 12 Januari 2018. Semua pelajar dikehendaki membuat pendaftaran kokurikulum melalui platform VLE SMK BBST di alamat berikut:


Keperluan semasa pendaftaran:
  • ID 1Bestarinet (ID FROG) dan Kata Laluan
  • Talian Internet
  • Komputer/Laptop/Smartphone/Tab
Pelajar boleh mendaftar di rumah atau di mana sahaja jika mempunyai senarai keperluan seperti yang dinyatakan. Bagi pelajar baru, pelajar asrama dan pelajar yang tidak mempunyai kemudahan komputer dan Internet di rumah, mereka boleh mendaftar di Makmal Komputer Bestari 3 yang dibuka pada waktu REHAT sepanjang minggu pendaftaran.

Pelajar-pelajar dikehendaki untuk membaca arahan dalam portal pendaftaran untuk mengelakkan pendaftaran anda dibatalkan. Pendaftaran setiap unit kokurikulum adalah mengikut kuota jantina yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum SMK BBST.

Senarai pendaftaran akan dipaparkan di Papan Kenyataan Kokurikulum sekolah dan juga School Dashboard Frog VLE.





Thursday, January 4, 2018

HARI PENDAFTARAN MURID ASRAMA SMK BBST TAHUN 2018

Tajuk :
Hari Pendaftaran Murid Asrama SMK BBST 2018.

Tarikh / Hari / Masa:
1 Januari 2018 / Isnin / 8.00 pagi - 12.00 tengahari.

Tempat:
Dewan Makan Asrama SMK BBST.

Sasaran:
Pelajar SMK BBST yang mendaftar di asrama.

Anjuran:
Jawatankuasa Pengurusan Asrama SMK BBST.

Objektif:
1. Mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru yang mendaftar di asrama SMK BBST.
2. Memperkenalkan kemudahan dan pengurusan yang disediakan di asrama kepada pelajar untuk makluman ibu bapa.

Laporan:
Pada hari Isnin, pendaftaran pelajar di asrama SMK BBST bermula pada pukul 8.00 pagi berjalan dengan lancar dan jayanya. Makluman mengenai pengurusan di asrama juga disampaikan kepada ibu bapa pelajar oleh Tuan Pengetua SMK BBST, Tn. Hj. Mohamad Yusri B. Dahrumi dan YDP PIBG SMK BBST, Tn. Hj. Helmy bin Arshad. Pelajar juga ceria dan sangat teruja mengemas dorm dan mendapat kawan baru di asrama. Turut bersama pada hari tersebut ialah kedatangan pegawai daripada PPD Sepang bertemu dengan warden-warden di asrama. Majlis ini selesai pada jam 12 tengahari.




Pendaftaran Pelajar Asrama

Pemeriksaan beg pelajar sebelum masuk dorm masing-masing.

Ucapan dan taklimat daripada Tuan Pengetua.

Para ibu-bapa mendengar taklimat yang disampaikan.

Suasana pelajar mengemas dorm.

Kehadiran pegawai daripada PPD Sepang.