Hari Pendaftaran Murid Asrama SMK BBST 2018.
Tarikh / Hari / Masa:
1 Januari 2018 / Isnin / 8.00 pagi - 12.00 tengahari.
Tempat:
Dewan Makan Asrama SMK BBST.
Sasaran:
Pelajar SMK BBST yang mendaftar di asrama.
Anjuran:
Jawatankuasa Pengurusan Asrama SMK BBST.
Objektif:
1. Mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru yang mendaftar di asrama SMK BBST.
2. Memperkenalkan kemudahan dan pengurusan yang disediakan di asrama kepada pelajar untuk makluman ibu bapa.
Laporan:
Pada hari Isnin, pendaftaran pelajar di asrama SMK BBST bermula pada pukul 8.00 pagi berjalan dengan lancar dan jayanya. Makluman mengenai pengurusan di asrama juga disampaikan kepada ibu bapa pelajar oleh Tuan Pengetua SMK BBST, Tn. Hj. Mohamad Yusri B. Dahrumi dan YDP PIBG SMK BBST, Tn. Hj. Helmy bin Arshad. Pelajar juga ceria dan sangat teruja mengemas dorm dan mendapat kawan baru di asrama. Turut bersama pada hari tersebut ialah kedatangan pegawai daripada PPD Sepang bertemu dengan warden-warden di asrama. Majlis ini selesai pada jam 12 tengahari.
Pendaftaran Pelajar Asrama |
Pemeriksaan beg pelajar sebelum masuk dorm masing-masing. |
Ucapan dan taklimat daripada Tuan Pengetua. |
Para ibu-bapa mendengar taklimat yang disampaikan. |
Suasana pelajar mengemas dorm. |
Kehadiran pegawai daripada PPD Sepang. |