Tajuk :
Aktiviti Pelaziman Pengurusan Diri Murid Asrama SMK.BBST Tahun 2018
Tarikh / Hari / Masa:
21 Januari 2018 / Ahad / 9.00 pagi -12.00 Tengahari
Tempat:
Asrama SMK BBST.
Sasaran:
Semua Murid Asrama SMK BBST.
Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST
Penceramah/Fasilitator :
Kaunselor SMK.BBST
Pelaporan:
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan aktiviti Pelaziman Pengurusan Diri Murid Asrama pada hari Ahad 21 Januari 2018 bertempat di asrama SMK.BBST pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Objektif pelaziman ini adalah untuk mendidik murid yang tinggal di asrama belajar mengurus diri seperti mengemas katil, menyusun kasut dan selipar, mengemas almari, dorm dan sebagainya bagi memastikan asrama sentiasa bersih dan kemas dan menjadi tempat yang selesa untuk dihuni. Murid asrama juga diberi taklimat berkaitan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua penghuninya termasuk peraturan di dalam dorm. Selain itu, objektif pelaziman juga menerapkan sikap saling bantu membantu dan menggalakan pelajar yang lebih senior untuk membimbing murid baru asrama belajar menyesuaikan diri. Kaunselor turut mengadakan aktiviti demonstrasi mengemas cadar katil di dewan makan asrama dan mengadakan lawatan ke setiap dorm bagi memastikan objektif pelaziman ini tercapai.
Aktiviti mengemas dorm |
Menyusun kasut dan selipar |
Kekemasan Katil |
Lawatan Kaunselor ke Dorm |
Aktiviti MEnyusun Kasut dan Selipar |
Taklimat Peraturan Pengurusan Diri |
Demonstrasi Mengemas Cadar Katil |