Tajuk :
Program Transformasi Diri (PTD) SMK. Bandar Salak Tinggi
Tarikh / Hari / Masa:
15 Januari 2018 sehingga 1 Februari 2018 / Isnin - Jumaat / 9.00 pagi -10.30 pagi
Tempat:
Bilik Gerakan SMK BBST.
Sasaran:
Semua Murid Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 SMK BBST.
Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST
Penceramah/Fasilitator :
Kaunselor SMK.BBST
Pelaporan:
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Program Transformasi Diri (PTD) bermula dari 15 Januari 2018 hingga 1 Februari 2018 bertempat di Bilik Gerakan SMK.BBST pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi iaitu setiap hari hari Isnin hingga Jumaat. Program PTD merupakan program Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang mewajibkan semua sekolah rendah dan menengah di negeri Selangor melaksanakannya. Objektif program adalah membantu murid membuat persediaan minda atau 'mind setting" pada awal tahun persekolahan terutama dalam bidang akademik serta membuat perancangan matlamat yang ingin dicapai atau 'Goal Setting" dengan kaedah yang betul. Dalam Program PTD ini, Kaunselor akan membantu murid dengan menerapkan pelbagai kaedah dan kemahiran yang sesuai untuk membantu murid meningkatkan prestasi akademik masing-masing seperti Kemahiran Belajar, Komunikasi Berkesan, Membina Matlamat Diri dan sebagainya. Program ini dilaksanakan oleh Kaunselor pelajar untuk semua murid SMK.BBST mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi setiap kelas. Adalah diharapkan program PTD akan dapat membantu murid untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari seterusnya membantu memotivasikan diri untuk berjaya dengan lebih cemerlang dalam akademik dan bidang-bidang lain.
Sesi Pembentangan Jadual Harian Individu |
Komunikasi Berkesan & Keyakinan Diri |
Merangka Jadual Belajar Individu |
Sesi regangan atasi stress |
Perkongsian kaedah belajar |