Nama Program : Projek Komuniti en-TYRE-ly Green Commando (Tingkatan 6)
Tarikh: 16 Ogos 2017 - 17 September 2017
Anjuran : Kelab Sukan dan Rekreasi (KESUREA)-Unit Kokurikulum Tingkatan 6, SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Guru Pembimbing : Pn. Hjh. Noor Razalina binti Mohd Rashid
Dengan Kerjasama : Grass Malaysia dan Team Selangor
Dirasmikan Oleh : Dr. Mohd Ghani bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia.
Pelaporan :
Kelab Sukan dan Rekreasi (KESUREA)-Unit Kokurikulum Tingkatan 6 SMK Bandar Baru Salak Tinggi dengan kerjasama Grass Malaysia (Badan Bukan Kerajaan) dan Sukarelawan Team Selangor dari segi sumbangan tenaga dan dana, telah melaksanakan projek komuniti berasaskan tayar terbuang ("upscaling") di bawah tema pemeliharaan alam sekitar mulai 16 Ogos 2017 sehingga 17 September 2017. Antara objektif program ini adalah untuk :
- memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.
- melatih murid supaya mempunyai tanggungjawab terhadap isu alam sekitar.
- melahirkan semangat kerjasama dan berpasukan dalam mencapai objektif pasukan.
- mempertingkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam memelihara alam sekitar melalui ptoses "upscaling" tayar-tayar terbuang.
- melahirkan generasi yang berkepimpinan dan mempunyai minda kelas pertama
- membasmi masalah disiplin dalam kalangan generasi muda dengan menceburi bidang kesukarelawanan dalam aspek penjagaan alam sekitar.
Projek ini merupakan bidang kebitaraan unit kokurikulum tingkatan 6 yang berfokus kepada bidang kesukrelawanan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Murid-murid tingkatan 6 serta beberapa orang guru telah menjadi ahli sukarelawan alam sekitar Team Selangor sejak projek ini dimulakan.
Terdapat 3 kawasan yang menjadi tumpuan iaitu :
1) Taman Waqaf - Model tempat duduk, model piramid, dan model tong sampah kitar semula
2) Padang Sekolah - Model Halangan "Commando" untuk latihan kecergasan
3) Gelanggang Futsal, Taman Dahlia - Model tempat duduk dan pembersihan sampah di kawasan sekitarnya
Adalah diharapkan agar projek seperti ini akan berterusan dalam generasi tingkatan 6 SMK Bandar Baru Salak Tinggi sehingga di masa hadapan.
Tarikh : 16 Ogos 2017 - Perbincangan awal dengan Tuan Pengetua, Tuan Haji Arbain Bin Pinni
Tarikh : 23 Ogos 2017 - Bengkel Projek Komuniti en-TYRE-ly Green Commando
Tarikh : 24 Ogos 2017 - Mesyuarat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Projek
3 Model Tempat Duduk dan satu model piramid di Taman Waqaf SMK BBST
Model Halangan "Commando" di Padang Sekolah SMK BBST
Model Tempat Duduk di Gelanggang Futsal, Taman Dahlia, BBST
Model tong sampah kitar semula
Tarikh 17 September 2017 - Salah satu model tempat duduk di taman Waqaf yang telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Ghani bin Mohd Yusof