Bengkel dan Teknik Menjawab Bahasa Melayu STPM Penggal Satu 2017
Tarikh,Hari,Masa :
19 Ogos 2017, Sabtu, 9.00 pagi-12.30 tengah hari
Tempat
Bilik Gerakan SMKBBST
Objektif
1. memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan 6 Bawah tentang teknik menjawab Soalan Bahasa
Melayu Penggal 1 khususnya :
Soalan Bahagian B - Pembacaan Analitis dan Kritis
Soalan Bahagian C - Penulisan Esei Tidak Berformat
2. membantu pelajar yang mengambil peperiksaan Ulangan mengulang kaji pelajaran atau kemahiran khususnya kemahiran menulis esei.
Peserta
Semua Pelajar Tingkatan 6 Rendah
Pelajar Penggal 3 yang mengambil Peperiksaan Ulangan Penggal 1
Guru yang Terlibat
Pn Hjh.Suraini bt Awang Che Mat
Pn Hamizah binti Yeop Yahya
Penceramah
Encik Mohd Khir bin Kassim
Guru Bahasa Melayu Kolej Tingkatan 6 Seri Petaling
45 orang pelajar 6 Bawah 2 dan 6 Bawah 3
10 orang pelajar 6 Atas yang mengulang Kertas Bahasa Melayu Penggal 1
Pelaporan
Alhamdulilah, program ini telah berlangsung dengan lancarnya. Para pelajar telah didedahkan dengan aspek-aspek yang diuji dalam peperiksaan STPM Penggal 1 untuk subjek Bahasa Melayu dan pelajar juga dimaklumkan tentang aspek kesalahan atau kelemahan yang sering dilakukan oleh pelajar semasa menjawab soalan khususnya dalam penulisan esei pendek dan esei tidak berformat. Selain itu, pelajar diperkenalkan dengan Teknik Formula untuk mengembangkan setiap perenggan karangan iaitu perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup. Diharapkan dengan adanya program ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan mereka dapat menjawab soalan dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM Penggal 1 nanti.
Penceramah Jemputan - Encik Mohd Khir bin Kassim |
Sebilangan pelajar 6 Bawah yang yang terlibat |
Sebahagian Pelajar 6 Atas yang akan mengambil Peperiksaan Ulangan Bahasa Melayu Penggal 1 |
Majlis Penyampaian Cenderamata kepada Penceramah Tanda Penghargaan dan Terima Kasih |