Wednesday, October 4, 2017

LAPORAN PENGLIBATAN UNIT KOKURIKULUM TINGKATAN 6 DALAM KARNIVAL KOMUNITI BBST 2017
PERINGKAT DAERAH SEPANG

Nama Program: KARNIVAL KOMUNITI BBST 2017

Tarikh: 17 September 2017

Anjuran : SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG

Unit Kokurikulum Tingkatan 6 yang terlibat : KESUREA, BSMM TINGKATAN 6, PERSATUAN TINGKATAN 6

Dirasmikan Oleh : Dr. Mohd Ghani bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia.

Pelaporan :

Kelab Sukan dan Rekreasi (KESUREA) SMK Bandar Baru Salak Tinggi dengan kerjasama Grass Malaysia (Badan Bukan Kerajaan) dan Sukarelawan Team Selangor telah melaksanakan projek amal komuniti di 3 tempat iaitu:
1) Taman Waqaf - Model tempat duduk, model piramid, dan model tong sampah kitar semula
2) Padang Sekolah - Model Halangan "Commando" untuk latihan kecergasan
3) Gelanggang Futsal, Taman Dahlia - Model tempat duduk dan pembersihan sampah di kawasan sekitarnya

Selain itu KESUREA juga mengadakan acara permainan berasaskan tayar dan botol mineral terbuang di padang sekolah.

Unit beruniform BSMM Tingkatan 6 pula mengadakan bilik tayangan filem Mini Cinema dan memperolehi keuntungan yang mencecah RM1000.00

Begitu juga dengan gerai Yums Yums Stall oleh unit KESUREA yang Berjaya mengaut keuntungan melebihi RM1000.00.


Semoga pengalaman-pengalaman seumpama ini dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk kehidupan sebenar apabila mereka meninggalkan alam persekolahan kelak.