Thursday, April 6, 2017

Program zikir pagi PPKI

Nama program :
Program zikir pagi

Tarikh, Hari, Masa :
Sepanjang Tahun, 7.30 - 7.35 pagi

Tempat :
Laman Pendidikan Khas

Peserta :
Murid-murid, guru-guru dan pembantu pengurusan murid Pendidikan Khas yang beragama Islam

Pelaporan :
Program Pendidikan Khas telah mengadakan Program Bacaan Zikir pada setiap pagi di laman Pendidikan Khas. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan diri murid-murid dan guru-guru dengan pencipta iaitu Allah swt dan menanamkan rasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Selain itu, melalui bacaan zikir yang menjadi amalan setiap pagi dapat memberi ketenangan jiwa serta sebagai santapan rohani kepada warga PPKI. Ia juga bertujuan untuk mendidik diri murid-murid supaya dapat mengawal emosi dan tingkah laku negatif seterusnya mudah menerima pengajaran guru.

Program tersebut telah diadakan pada setiap pagi selepas perhimpunan dan sebelum murid-murid memulakan sesi pembelajaran. Program yang diadakan sepanjang tahun 2017 ini mudah-mudahan menjadi rutin amalan seharian murid walaupun sudah menamatkan persekolahan.