Nama Program :
Pertandingan Membaca 1 Malaysia PPKI
Tarikh, Hari, Masa :
6 April 2017, Khamis, 8.00 pagi
Tempat :
Bilik VLE Frog
Anjuran :
Program Pendidikan Khas Integrasi
Peserta :
Murid-murid Pendidikan Khas
Pelaporan :
Kem Membaca 1 Malaysia 2017 (KM1M 2017) merupakan salah satu program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini berlangsung di semua sekolah seluruh negara bermula 4 hingga 6 April 2017. Program Pendidikan Khas Integrasi turut serta mengambil bahagian menganjurkan Pertandingan Membaca 1 Malaysia. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 6 April 2017.
Pertandingan yang bertemakan "Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia" ini diadakan bertujuan untuk membina tabiat membaca dan memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid Pendidikan Khas. Selain itu, melalui membaca murid boleh menambahkan ilmu pengetahuan, menambahkan perbendaharaan kata dan menjana pemikiran. Murid-murid juga dapat meningkatkan keyakinan diri, keberanian untuk tampil kehadapan dan kecekapan membaca.
Pertandingan berakhir dengan ulasan Pn Fauziah selaku ketua hakim pertandingan. Pemarkahan pertandingan adalah dari segi kelancaran membaca, gaya bacaan dan intonasi suara. 5 orang pemenang telah dipilih memenangi pertandingan membaca Pendidikan Khas. Hadiah akan diberikan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Pertandingan membaca berakhir pada jam 11.45 pagi.
Peserta Pertandingan Membaca |
Murid-murid Pendidikan Khas memberi perhatian semasa pertandingan membaca. |
Para hakim memberi markah pada peserta. |