Nama Program :
Program Promosi Kesihatan Pergigian
Tarikh, Hari, Masa :
16 Mac 2017, Khamis, 8.00 pagi
Tempat :
Kelas Pendidikan Khas
Anjuran :
Klinik Kesihatan Sungai Pelek
Peserta :
Semua murid Pendidikan Khas, guru-guru dan pembantu murid Pendidikan Khas
Pelaporan :
Pada 16 Mac 2017, Klinik Kesihatan Sungai Pelek telah menganjurkan Program Promosi Kesihatan Pergigian untuk murid-murid Pendidikan Khas SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid Pendidikan Khas tentang kepentingan penjagaan kebersihan mulut dan gigi. Program dimulakan dengan ceramah kesihatan gigi yang disampaikan oleh Dr Yati bin Zakaria dari Klinik Kesihatan Sungai Pelek. Murid-murid mendengar ceramah tentang penjagaan kesihatan gigi, akibat tidak menjaga kebersihan gigi dan pengaruh makanan terhadap kerosakan gigi. Murid juga dibimbing mengenalpasti berus gigi yang betul dan sesuai.
Selepas ceramah, murid-murid melihat pameran kesihatan pergigian di hadapan kelas Pendidikan Khas. Antara bahan yang dipamerkan ialah carta-carta berkaitan gigi, model gigi dan berus gigi yang telah diubahsuai. Selepas itu, murid-murid terlibat dengan aktiviti permainan berkaitan kesihatan gigi. Murid-murid bertuah dipilih melakukan aktiviti membaling anak panah dart, menjawab soalan dan memilih jawapan yang betul menggunakan kaedah balingan bola. Murid yang menjawab dengan betul diberikan hadiah.
Program diteruskan dengan latihan menggosok gigi. Pegawai perubatan dan jururawat menunjukkan contoh cara menggosok gigi dengan betul. Murid-murid melakukan amali menggosok gigi mengikut cara yang telah diajar. Sebelum program berakhir, pihak Klinik Kesihatan Sungai Pelek telah memberikan cenderahati ubat gigi kepada murid-murid, guru-guru dan para ibu yang hadir. Program berakhir pada jam 11.00 pagi.

Murid-murid mendengar ceramah kesihatan pergigian |