Sunday, April 9, 2017

Hub School: Bengkel "Network, Assign & Snap Instantly , Learning via Mobile Apps for Knowledge Sharing" (NASI LEMAK)

Nama Program:
Bengkel NASI LEMAK

Tarikh, Hari, Masa:
15 Mac 2017, Rabu
Sesi Petang: 10.00-11.30 pagi
Sesi Pagi: 3.00-4.30 petang

Tempat:
Bilik Mesyuarat SMK BBST

Anjuran:
Jawatankuasa 1BestariNet VLE/Pengurusan ICT dan GM1M VLE

Peserta:
Semua guru sesi pagi dan petang

Pelaporan:

Pada 15 Mac 2017, Jawatankuasa 1BestariNet VLE/Pengurusan ICT dan GM1M VLE telah mengadakan bengkel NASI LEMAK di bawah program Hub School. NASI LEMAK akronim kepada Network, Assign & Snap Instantly, Learning via Mobile Apps for Knowledge Sharing.

Bengkel ini menggunakan modul yang disediakan oleh pihak FrogAsia yang merangkumi kesemua modul yang berkenaan dengan telefon pintar YES Altitude dan aplikasi mudah alih Frog. 

Setiap guru di Malaysia telah dibekalkan dengan 2GB data setiap bulan beserta dengan telefon pintar YES 4G Altitude untuk mengoptimumkan data tersebut.  Antara manfaat pembekalan telefon pintar YES 4G Altitude beserta plan data adalah:
  • mempertingkatkan akses ke Frog VLE
  • memantapkan komunikasi
  • membekalkan internet berkelajuan tinggi kepada komputer
Pada sesi bengkel semua peserta telah mempelajari cara-cara untuk:
  • menetapkan mobile hotspot dari telefon YES 4G ke komputer 
  • cara mengoptimumkan penggunaan 3 aplikasi Frog VLE dari telefon masing-masing iaitu Frog Snap, Frog Chat dan Frog Assignment.
Diharapkan setelah mengikuti bengkel ini, semua guru SMK BBST dapat memaksimumkan penggunaan Frog VLE dan telefon pintar YES 4G Altitude bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.


Guru sesi pagi semasa bengkel NASI LEMAK


Guru sesi petang semasa bengkel NASI LEMAK