Nama Program:
Bengkel Kejurulatihan (TOT) "Level Up @School"
Tarikh, Hari, Masa:
3-5 April 2017
Tempat:
Hotel Everly, Putrajaya
Anjuran:
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Peserta:
Puan Norul Yusenazuin binti Yusof
Muhammad Aiman Irfan (4 Sains Komputer)
Hani Syakirah (4 Sains Komputer)
Pelaporan:
SMK Bandar Baru Salak Tinggi telah menghantar seorang guru dan dua orang pelajar tingkatan 4 Sains Komputer untuk mengikuti Bengkel Kejurulatihan (TOT) "Level Up @School" yang diadakan di Hotel Everly, Putrajaya bermula 3-5 April 2017 yang lalu.
Program ini merupakan rentetan daripada inisiatif nasional yang dinamakan mydigitalmaker untuk memupuk minat serta meningkatkan keupayaan kreativiti serta inovasi digital dalam kalangan murid sekolah. Ia juga menyokong pelaksanaan kurikulum baru TMK KSSR dan KSSM yang memberi penekanan kepada aspek pemikiran komputasional dan elemen sains komputer.
Pada akhir program, diharapkan murid berjaya untuk membina satu permainan video, membina satu pasukan Game Development dan seterusnya menyertai pertandingan game development.
Taklimat berkaitan dengan Game Development oleh pihak MDEC |
Perbincangan bersama ahli kumpulan |
Khusyuk mendengar taklimat |
Menerima sijil semasa majlis penutup |
Menerima sijil semasa majlis penutup |