Program Stay on Target (SOT) Murid Tingkatan 5
Nama Program:
Stay On Target Tingkatan 5
Tarikh, Hari, Masa:
02 Mac, 07 dan 08 Mac 2017
Tempat:
Dewan Makan Asrama
Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling
Peserta
Murid Tingkatan 5 kelas 5KM, 5ICT, 5LK, 5TI dan Ibu Bapa (02 Mac 2017)
Murid kelas 5SA, 5ST1, 5PP, 5PSV dan Ibu bapa (07 Mac 2017)
Murid kelas 5ST2, 5PD, 5ERT, 5MPV dan Ibu Bapa (08 Mac 2017)
Murid kelas 5SA, 5ST1, 5PP, 5PSV dan Ibu bapa (07 Mac 2017)
Murid kelas 5ST2, 5PD, 5ERT, 5MPV dan Ibu Bapa (08 Mac 2017)
Laporan
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Stay On Target & Akur janji Murid tingkatan 5 pada 02, 07 dan 08 Mac 2017 bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di Dewan Makan Asrama. Program ini akan diadakan secara berperingkat mengikut kelas dan berpandukan jadual yang telah ditetapkan. Ibu bapa turut dijemput hadir untuk bersama-sama murid bagi membincangkan target yang ingin dicapai anak masing-masing. Objektif program adalah meningkatkan prestasi pencapaian murid tingkatan 5 dalam bidang akademik dan sahsiah selain menggalakkan peranan ibu bapa sebagai pencetus motivasi dan menyokong anak-anak. Objektif program ini juga bertujuan mewujudkan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Program ini telah dikendalikan oleh Tn.Hj Arbain bin Pinni, Pengetua SMK.BBST dan dibantu oleh Kaunselor sekolah. Diantara pengisian program adalah pembentangan target murid oleh Tuan Pengetua serta Akur Janji penetapan target murid di hadapan ibu bapa. Program ini telah memberi impak yang menyentuh hati ibu bapa dan murid yang terlibat. Ini kerana mereka berpeluang menyatakan perasaan dan harapan masing-masing untuk menjadi anak dan ibu bapa yang cemerlang.
Pn.Suryati melaksanakan sesi luahan perasaan antara ibu bapa dan anak |
Pelajar menampal target nasing-masing pada bunting Aku Janji |
Murid berkongsi target dan harapan |
Selesai sudah tugasan menampal target masing-masing |
Ibu Bapa mendengar luahan perasaan dan harapan anak |
Pelajar Tajaan PNB yang berjauhan dengan Ibu Bapa turut diberi peluang meluahkan perasaan dan harapan mereka oleh Tn. Pengetua |