Karnival Pendidikan & Keusahawanan MARA
Nama Program:
Karnival Pendidikan & Keusahawanan MARA
Tarikh, Hari, Masa:
01 April 2017, Sabtu, 9.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat:
Anggerik Mall Shah Alam, Selangor
Anjuran:
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Peserta
Murid Tingkatan 4 & 5 kelas Aspura dan Aspuri (41 orang)
Laporan
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah membawa seramai 41 orang murid Asrama tingkatan 4 & 5 ke Karnival Pendidikan & Keusahawanan MARA pada 01 April 2017 (Sabtu) dari jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang. Seramai 3 orang Kaunselor mengiringi murid dengan bas yang disediakan oleh Pejabat MARA Daerah Sepang.
Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Selangor untuk memberi maklumat pendidikan dan latihan kemahiran disamping kerjaya dalam bidang keusahawanan. Beberapa booth kolej swasta dan booth jualan syarikat Bumiputera dibuka untuk kunjungan murid sekolah serta orang ramai. Selain pameran murid berpeluang mendengar ceramah motivasi daripada tokoh-tokoh usahawan, tokoh kerjaya bidang komunikasi media serta banyak lagi. Program ini telah memberi info yang sangat berguna serta memberi inspirasi dan motivasi kepada murid yang hadir. Murid juga berpeluang membawa pulang maklumat-maklumat pendidikan daripada booth-booth yang mereka dikunjungi. Kaunselor dan para peserta lawatan bertolak pulang pada jam 5.30 petang.
Murid mengumpul maklumat daripada booth-booth pameran |
Penulis Buku dan Penyanyi Nasyid terkenal Daq Mie turut memeriahkan Karnival |
Karnival turut diserikan kehadiran Pengarah MARA Negeri Selangor serta Wakil Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor |
Gambar kenangan sebelum bertolak pulang |
Selesai sudah Karnival bersedia untuk pulang |