Nama Program :
Aktiviti Lapangan Boling Tenpin Pendidikan Khas Kali ke-2
Tarikh, Hari, Masa:
Aktiviti Lapangan Boling Tenpin Pendidikan Khas Kali ke-2
Tarikh, Hari, Masa:
12
April 2017, Rabu, 7.30 pagi.
Tempat:
Kompleks
Sukan KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.
Anjuran:
Program
Pendidikan Khas Integrasi
Peserta:
Murid,
guru, pembantu pengurusan murid dan ibubapa PPKI.
Pelaporan:
Aktiviti
lapangan boling PPKI kali ke-2 telah dijalankan pada 12 April 2017 di Kompleks
Sukan KLIA, Nilai. Semua guru telah diberi tugasan supaya aktiviti dapat
dijalankan dengan lancar.
Sebelum
bertolak, murid diberi sarapan pagi berupa roti dan air kotak. Aktiviti
seterusnya ialah aktiviti pdp yang diketuai oleh Pn. Fauziah. Murid-murid
diberi pendedahan semula tentang teknik memegang bowl dan cara balingan.
Beberapa orang murid telah pilih ke hadapan untuk menunjukkan demonstrasi.
Tepat
pukul 9.00 pagi, murid bergerak menaiki bas menuju ke Komples Sukan KLIA.
Sebelum
bermain, murid membuat aktiviti regangan dan memanaskan badan. Murid telah pun
dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh guru dan ppm. Pada kali
ini seramai 48 orang murid telah mengikuti aktiviti lapangan tersebut.
Berdasarkan penilaian pada aktiviti boling yang pertama, seramai 12 orang murid
telah dikenalpasti layak dipilih untuk
pertandingan Tenpin Boling MSSD yang akan berlangsung pada 17 April nanti.
Tepat
pukul 10.30 pagi aktivit diberhentikan seketika untuk murid berehat . Pada
kali ini murid-murid sangat bertuah kerana mendapat sumbangan makanan berupa Nasi
Beriani Ayam yang ditaja oleh En. Nordin dari Restoran Al-Zain Bandar Baru Salak
Tinggi.
Kali
ini seramai 5 orang ibubapa turut menyertai aktiviti boling. Penglibatan
ibubapa sangat penting dalam mewujudkan kolaborasi antara ibubapa dan guru.
Pada pukul 12.15 tengahari, aktiviti telah tamat dan murid menaiki bas menuju
ke sekolah. Sepanjang aktiviti berlangsung semua murid mengambil bahagian dan
diberi bimbingan oleh guru dan ppm. Aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan
dengan jayanya hasil daripada komitmen yang tinggi daripada semua pihak.
Taklimat cara permainan boling |
Aktiviti regangan sebelum permainan |
Murid-murid bermain dalam kumpulan di bawah bimbingan guru-guru dan pembantu pengurusan murid |
Murid menjamu selera selepas tamat permainan |
Aktiviti lapangan boling tenpin berakhir dengan kegembiraan |