Tuesday, January 24, 2017

Pendaftaran Kokurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi

Nama Program :
Pendaftaran Kokurikulum Murid-murid Pendidikan Khas

Tarikh, Hari:
17 Januari 2017 (Selasa)- Pendaftaran Sukan dan Permainan Pendidikan Khas
18 Januari 2017 (Rabu) - Pendaftaran Kelab dan Persatuan Pendidikan Khas
19 Januari 2017 (Khamis) - Pendaftaran Pasukan Badan Beruniform Pengakap Pendidikan Khas

Masa : 
7.30 hingga 8.30 pagi

Tempat :
Dataran dan kelas Pendidikan Khas

Anjuran :
Unit Kokurikulum SMK BBST

Peserta :
Semua murid Pendidikan Khas

Pelaporan :

Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan aktiviti pendaftaran kokurikulum bagi tahun 2017 pada 17, 18 dan 19 Januari. Program ini dilaksanakan mengikut takwim sekolah. Semua murid diwajibkan mendaftar kokurikulum sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan badan beruniform. 

    Sukan dan permainan yang ditawarkan adalah :
  1. Bola Jaring
  2. Petanque
  3. Boling
  4. Permainan Dalaman
    Kelab dan persatuan yang ditawarkan adalah :
  1. Persatuan Pendidikan Islam
  2. Kelab Kesenian dan Kebudayaan
  3. Kelab Rekacipta
    Pasukan Badan Beruniform yang ditawarkan adalah :

  • Pengakap Pendidikan Khas

Aktiviti yang dijalankan adalah melaksanakan pendaftaran kokurikulum bagi setiap murid, melantik jawatankuasa baru dan merancang aktiviti tahunan bagi tahun 2017. Aktiviti tersebut telah berjaya mengenalpasti minat murid dalam aktiviti kokurikulum dan menjuruskan murid ke arah bidang yang sesuai. Semoga aktiviti-aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan disamping mencungkil bakat murid dari masa ke semasa.

Perjumpaan sukan dan permainan



Perjumpaan kelab dan persatuan

Perjumpaan dan perlantikan jawatankuasa badan beruniform Pengakap Pendidikan Khas