Tuesday, January 24, 2017

Gotong-royong Pendidikan Khas

Nama Program :
Gotong-royong Pendidikan Khas

Tarikh, Hari, Masa :
23 Januari 2017, Isnin, 8.30 - 1.00 petang

Tempat :
Sekitar kawasan Pendidikan Khas

Anjuran :
Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK BBST

Peserta :
Semua murid Pendidikan Khas Integrasi
Guru-guru dan pembantu pengurusan murid Pendidikan Khas
3 orang ibu murid


Pelaporan :
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK BBST telah mengadakan program gotong-royong pada 23 Januari 2017. Program ini merupakan kesinambungan daripada program gotong-royong perdana yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan sikap tolong menolong dalam melaksanakan aktiviti membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah, khususnya sekitar kawasan Pendidikan Khas. 

Program ini melibatkan semua murid, guru, pembantu pengurusan murid serta ibu bapa murid Pendidikan Khas. Aktiviti yang dijalankan adalah mengemas stor, membersihkan tandas, mencabut rumput dan membersihkan taman herba, mengecat dapur dan mengemas dapur.

Program ini telah berjaya mewujudkan jalinan kerjasama yang erat antara semua pihak selain memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga dan mengekalkan kebersihan serta berjaya mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, ceria dan selesa.

Aktiviti regangan sebelum gotong-royong

Mengutip hasil tanaman iaitu belimbing buluh untuk dijadikan produk sambal hitam

Gotong-royong membersihkan Taman Herba PPKI

Ibu-ibu murid turut menyumbangkan masa, tenaga dan peralatan demi anak-anak PPKI

Gambar sebelum dan selepas mengecat dapur PPKI.