Tuesday, January 24, 2017

Mesyuarat Agung Badan Pemuafakatan Ibu bapa dan Guru PPKI

Nama Program :
Mesyuarat Agung Badan Pemuafakatan dan Kebajikan Ibu bapa dan Guru Pendidikan Khas

Tarikh, Hari, Masa :
20 Januari 2017, Jumaat, 8.00 pagi

Tempat :
Bilik Vle-Frog PPKI

Anjuran :
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK BBST

Peserta :
Jawatankuasa dan Ibu bapa murid Pendidikan Khas

Pelaporan :

Mesyuarat Agung Badan Pemuafakatan dan Kebajikan Ibu bapa dan Guru Pendidikan Khas telah berlangsung pada 20 Januari 2017 bertempat di bilik vle-frog PPKI. Objektif mesyuarat adalah untuk:

  • Membubarkan jawatankuasa lama dan membuat perlantikan baru.
  • Membincangkan aktiviti-aktiviti semasa dan akan datang.
  • Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan demi kemajuan murid-murid Pendidikan Khas.
  • Memberi ruang kepada ibu bapa untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dalam apa juga bidang untuk membentuk kemenjadian murid-murid Pendidikan Khas.
Perlantikan jawatankuasa yang baru diharapkan dapat melaksanakan visi dan misi yang ingin dicapai dalam semua aktiviti yang dilaksanakan. Komitmen 100% diharapkan daripada semua ibu bapa dan penjaga demi kecemerlangan murid-murid Pendidikan Khas.

Pendaftaran ibu bapa.

Ucapan daripada Tn Haji Arbain bin Pinni (Pengetua SMK BBST)

Puan Zarina membentang dan mengesahkan penyata kewangan sesi 2016/2017

Ucapan daripada pengerusi baru YDP Badan Permuafakatan Ibu bapa dan Guru PPKI
 
Ibu bapa dan penjaga menjamu selera di kantin selepas mesyuarat agung.