Nama Program:
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16
Tarikh, Hari, Masa:
21 Januari 2017, Sabtu, 8.00 pagi
Tempat:
Dewan Sanggar Wacana, SMK BBST
Anjuran:
Jawatankuasa PIBG SMK BBST
Pelaporan:
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16 telah berlangsung pada 21 Januari 2017 bertempat di Dewan Sanggar Wacana, SMK BBST. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, En Khairi bin Bidin, Pegawai Pendidikan Daerah Sepang yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Objektif mesyuarat adalah:
- mendapatkan sokongan 100% daripada PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan moral dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid sekolah ini.
- membolehkan ibu bapa dan pihak sekolah bertukar-tukar pandangan dan maklumat tentang pendidikan
- memberi peluang kepada ibu bapa berunding dengan pihak sekolah untuk memperbaiki taraf pendidikan anak-anak.
- membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran murid.
Program 'Memasyarakatkan Sekolah' juga telah dilancarkan semasa perasmian. Program ini bertujuan untuk memastikan ibu bapa mempunyai sifat yang prihati terhadap pendidikan dan sentiasa mengambil tahu perkembangan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru harus memulakan langkah mencorak perubahan agar dapat memainkan peranan yang berkesan bagi memacu dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Bagi pihak PIBG istilah pembangunan bukanlah terhad dalam bentuk fizikal dan infrastruktur sahaja, tetapi aspek pembangunan modal insan juga dititikberatkan. Ibu bapa harus mempersiapkan diri agar sumbangan dan idea yang dicurahkan sentiasa relevan dengan keperluan masa kini dan seterusnya memastikan anak-anak dilengkapi dengan ilmu dalam pelbagai bidang.
Dalam usaha menjamin kecemerlangan pendidikan SMK BBST, di samping usaha gigih para guru, penglibatan ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti serta kegiatan yang dianjurkan oleh PIBG juga amat penting agar matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai aspek dapat direalisasikan.
Mesyuarat kali ini juga telah melantik Jawatankuasa baru bagi menerajui PIBG bagi sesi 2017/2018.
|
Pendaftaran ibu bapa |
|
Antara ibu bapa yang hadir semasa mesyuarat |
|
Ketibaan perasmi, En Khairi bin Bidin sambil diiringi oleh Penasihat PIBG, Tn HJ Arbain bin Pinni dan YDP PIBG, Tn Hj Helmy bin Arshad |
|
Pasukan Kompang Asrama yang mengiringi ketibaan perasmi |
|
Nyanyian Lagu Negaraku |
|
Bacaan doa oleh Ustaz Ab Razak |
|
Ucapan YDP PIBG, Tn Hj Helmy bin Arshad |
|
Ucapan Pengetua, Tn Hj Arbain bin Pinni |
|
Ucapan Perasmi, En Khairi bin Bidin, Pegawai Pendidikan Daerah Sepang yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor |
|
Simbolik perasmian Program Memasyarakatkan Sekolah |
|
Cenderahati kepada bekas AJK PIBG 206/2017 |
|
Penyampaian cenderahati kepada perasmi |
|
Persembahan Kelab Muzik |
|
Sesi mesyuarat sedang berlangsung |
|
Pembentangan usul oleh ibu bapa |
|
Pemilihan AJK PIBG Sesi 2017/2018 |
|
Suasana semasa pemilihan AJK
|
|
Jawatankuasa PIBG Sesi 2017/2018 |