Thursday, January 26, 2017

Hari Cakna Kokurikulum dan Anugerah NILAM 2017

Nama Program: 
Hari Cakna Kokurikulum dan Anugerah NILAM 2017

Tarikh, Hari, Masa:
25 Januari 2017, Rabu, 8.00 pagi

Tempat:
Dewan Sanggar Wacana, SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Anjuran:
Unit Kokurikulum SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Pelaporan:

Hari Cakna Kokurikulum dan Anugerah NILAM telah diadakan pada 25 Januari 2017. Program yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMK Bandar Baru Salak Tinggi telah dirasmikan oleh Encik Abdul Aziz bin Haji Mohamad, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. 

Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Antara matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah:
  • menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan
  • menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid
  • mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah
  • membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi.
  • membina dan meningkatkan disiplin murid
  • mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan
  • membina dan meningkatkan kerjasama serta sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat.
Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan pencak silat daripada ahli-ahli Persatuan Silat Gayong dari Gelanggang Taming Sari Taman Seroja. SMK BBST telah menambah satu lagi unit kokurikulum iaitu Silat pada tahun ini. 

Majlis penyampaian Anugerah NILAM juga telah diadakan serentak bersama Hari Cakna Kokurikulum. NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya merupakan salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat. Matlamat utama NILAM adalah:
  • membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid
  • meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akademik murid-murid dan sekolah
Manakala objektif Program NILAM pula:
  • menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca
  • menggalakkan sekolah terus menjana idea dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu:

a. Tahap Jauhari
  • murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah
  • membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat
  • menggunakan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain
  • mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Pengiktirafan Tahap Jauhari adalah seperti berikut:
  • 72-143 buah buku - Gangsa
  • 144-215 buah buku - Perak
  • 216-287 buah buku- Emas
  • 288 buah buku ke atas - NILAM
b. Tahap Rakan Pembaca
  • murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
  • murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku
  • mendapat bimbingan guru pembimbing sebelum menjalankan aktiviti Rakan Pembaca
  • memberi pinjaman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran
  • markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar dan pembaca

Dua orang ahli Pengakap Laut bergandingan sebagai Pengacara Majlis

Pasukan Kompang SMK BBST bersama guru-guru penasihat Silat

Barisan pentadbir, perasmi dan tetamu jemputan
Ucapan dan amanat daripada Pengetua

Penyampaian cenderahati kepada perasmi

Penyampaian cederahati kepada wakil Persatuan Silat Gayong, Taming Sari

Persembahan Silat Gayong daripada ahli-ahli Silat Gelanggang Taming Sari

Barisan pesilat daripada Gelanggang Taming Sari

Penyampaian Anugerah NILAM 

Penerima Anugerah NILAM

Penerima Anugerah NILAM

Penerima Anugerah NILAM