Ceramah Motivasi Kesempurnaan Solat Pelajar Asrama.
Tarikh, Hari, Masa :
4 Januari 2017, Rabu, 8.00 - 10.00 malam
Tempat :
Dewan Makan Asrama
Anjuran :
Unit Bimbingan & Kaunseling
Peserta :
Aspura dan Aspuri
Pelaporan :
Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan ceramah Motivasi Kesempurnaan Solat pada 4 Januari 2017 bertempat di Dewan Makan Asrama SMK.BBST. Ceramah telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan iaitu Ustaz Sabri bin Abd. Rani. Objektif Motivasi Kesempurnaan Solat adalah melahirkan pelajar yang bertaqwa melalui penghayatan ibadah solat, memperkemas dan meningkatkan kualiti solat secara lebih sempurna dan membina kekuatan rohani di dalam diri pelajar.
Semua pelajar Aspura dan Aspuri terlibat dalam program ini yang diadakan sebaik sahaja selesai solat maghrib berjemaah di surau. Program ini turut disertai oleh beberapa orang guru SMK.BBST yang berkelapangan untuk hadir bersama-sama pelajar. Pendekatan dan kaedah penyampaian Ustaz Sabri yang santai dan bersahaja telah menarik minat pelajar dan guru. Selain ceramah, Ustaz Sabri turut menyelitkan beberapa aktiviti permainan dalam kumpulan yang menyeronokkan bagi mengelakkan pelajar berasa bosan. Beliau telah berkongsi ilmu secara terperinci asas-asas dalam mendirikan solat, amali solat serta berwudhuk dan solat yang sempurna. Ini adalah kerana melalui ibadah yang sempurna, pelajar mudah menerima ilmu dan berupaya menjadi insan yang berakhlak mulia serta cemerlang.
Penerangan terperinci Asas-asas Solat Sempurna |
Pelajar Mendengar Dengan Penuh Minat |