Nama Program :
Program Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sepang
Tarikh, Hari, Masa :
2 Mac 2017, Khamis, 8.00 - 11.00 pagi
Tempat :
Bilik VLE Frog PPKI
Anjuran :
Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK BBST
Peserta :
Murid-murid Pendidikan Khas
Pelaporan :
Saban hari kita mendengar berita-berita berkaitan penyalahgunaan dadah di muka hadapan akhbar tempatan. Sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, Program Pendidikan Khas Integrasi mengambil langkah awal mengadakan program ceramah anti dadah pada 2 Mac 2017. Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sepang iaitu Encik Bobby Voo telah dijemput untuk memberikan ceramah.
Program tersebut diadakan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada murid tentang bahaya rokok dan implikasinya dalam kehidupan. Selain itu, murid-murid diperkenalkan dengan "darvih" iaitu singkatan bagi dadah, rokok, vape, inhalan dan heroin. Murid-murid bukan sahaja diperkenalkan dengan jenis-jenis dadah, tetapi juga bahaya penyalahgunaan dadah, kesan dan akibat pengambilan dadah yang boleh menjerumuskan murid kepada jenayah-jenayah lain.
Program tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan adanya komunikasi dua hala antara murid-murid dengan pegawai AADK. Murid-murid berasa seronok sepanjang aktiviti di jalankan. Melalui aktiviti ini mudah-mudahan murid-murid dapat menyerap input-input yang positif untuk kehidupan mereka hari ini dan masa akan datang.
Penceramah jemputan daripada AADK Daerah Sepang |
Murid-murid turut serta dalam aktiviti. |
Murid menjawab soalan dan diberikan ganjaran. |
Murid-murid mendengar ceramah. |
GPK Pendidikan Khas menyerahkan cenderamata kepada pegawai AADK |