Nama Program :
Aktiviti Lapangan Boling Tenpin Pendidikan Khas Kali Pertama
Tarikh, Hari, Masa :
28.02.2017, Selasa, 7.30 pagi
Tempat :
Kompleks Sukan KLIA Nilai
Anjuran :
Program Pendidikan Khas Integrasi
Peserta :
Murid-murid, guru-guru, pembantu pengurusan murid dan ibu bapa murid Pendidikan Khas.
Pelaporan :
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bandar Baru Salak Tinggi telah mengadakan aktiviti lapangan boling tenpin pada 28 Februari 2017. Aktiviti tersebut telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan. Aktiviti tersebut dijalankan bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam sukan boling bagi mencari wakil sekolah ke kejohanan boling peringkat daerah. Selain itu dapat mempertingkatkan kemahiran motor kasar murid serta memberi pendedahan kepada dunia luar.
Sebelum aktiviti bermula murid-murid diberikan sarapan pagi. Aktiviti dimulakan di sekolah iaitu murid-murid diperkenalkan dengan peralatan permainan boling. Murid-murid membuat lembaran kerja mengikut tahap keupayaan masing-masing berkaitan permainan boling. Pn Fauziah memberikan taklimat ringkas sebelum bertolak.
Pengangkutan sebanyak dua buah bas telah digunakan bagi membawa murid ke Dream Bowl Kompleks Sukan KLIA Nilai. Sebelum memulakan permainan, murid-murid melakukan aktiviti regangan di bawah kelolaan Pn Nik Noraihan. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil di bawah bimbingan guru-guru dan pembantu pengurusan murid. Pada hari tersebut, seramai 12 orang ibu bapa yang turut sama hadir memberi sokongan dan galakan kepada anak masing-masing.
Program tersebut telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Program ini telah berjaya mewujudkan semangat kesukanan dan daya saing yang sihat dalam kalangan murid. Selain itu, kerjasama antara ibu bapa dan guru berjaya terjalin demi membina kecemerlangan murid dalam sukan boling tenpin.
Aktiviti regangan sebelum memulakan permainan |
Murid-murid diajar cara memegang bola boling supaya tidak berlaku kecederaan. |
Murid-murid diajar teknik balingan bola. |
Murid yang lemah dibimbing oleh guru |
Terpancar kegembira di wajah murid-murid selepas berakhirnya aktiviti |