Pertandingan Infohunt SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Tarikh, Hari Dan Masa:
13 Februari 2017, Isnin, 2.00-5.00 petang
Tempat:
Pusat Sumber Sekolah Dan Bilik Bahasa Jepun
Anjuran:
Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Peserta:
66 Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Pelaporan:
Pertandingan Infohunt peringkat sekolah telah dijalankan hasil kerjasama Pustakawan daripada Management And Science University (MSU) Shah Alam dan 10 Pengawas PSS sebagai tenaga bantu pada 13 Februari 2017. Pertandingan ini melibatkan 11 kumpulan atau 66 pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMKBBST . Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat kepada peserta di Bilik Bahasa Jepun oleh En Aiman Ariff dan taklimat kepada tenaga bantu disampaikan oleh En Rafi di PSS.
Pertandingan bermula apabila peserta di lepaskan secara berperingkat dalam kumpulan di bilik kuarantin iaitu Bilik Bahasa Jepun. Peserta seterusnya bergerak ke lima stesen yang ditetapkan iaitu Foyer Bilik Bahasa (S1), PSS (S2), Surau (S3), Makmal Sains (S4) dan tempat meletak basikal (S5) bagi menguji ketahanan fizikal. Disetiap stesen peserta akan diuji pengetahuan mereka dalam aspek bahasa, sains, matematik, sejarah, geografi dan pengetahuan am . Melalui pertandingan ini juga akan dapat memupuk sikap kepimpinan, toleransi ,persefahaman dan kerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu,pertandingan ini juga bertujuan mencari 12 calon peserta Pertandingan Akhir Infohunt peringkat kebangsaan untuk mewakili sekolah di MSU pada 26 Julai 2017 yang melibatkan sekolah di negeri Selangor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan.
Peserta yang telah melengkapkan semua tugasan di stesen yang ditetapkan perlu ke bilik kuarantin semula untuk menekan loceng penamat bagi menentukan tempoh masa setiap kumpulan menyiapkan tugasan. Pemenang ditentukan berdasarkan ketepatan jawapan dan tempoh masa menyiapkan tugasan paling singkat. Dua Pustakawan MSU bertugas sebagai hakim untuk menentukan pemenang dalam pertandingan ini. Johan pertandingan ini dimenangi oleh Kumpulan Geng Firasat Tembam ( 33minit 24 saat), Naib Johan oleh Kumpulan Saya ( 37minit 49 saat) dan tempat ketiga Kumpulan Belia Seriemas (39 minit 05saat).
Taklimat kepada tenaga bantu Pertandingan Infohunt di Pusat Sumber Sekolah |
Taklimat kepada peserta di bilik kuarantin ( Bilik Bahasa Jepun) |
Peserta menjawap soalan di stesen 1: Foyer Bilik Bahasa |
Dua kumpulan di stesen 3( Surau) untuk menjawab soalan yang diberikan oleh tenaga bantu |
Peserta menjawab soalan di stesen 2: Pusat Sumber Sekolah |
Peserta menamatkan pertandingan selepas menekan loceng |
Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh En Salehin Abdullah (Penolong Kanan Akademik) |