Nama Program:
Majlis perpisahan pelajar asrama bersama mantan PK HEM SMK BBST, Encik Mohd Amin Bin Misnoh
Tarikh,Hari,Masa:
17hb Februari 2017, Jumaat, 9.30p.m-10.30p.m
Tempat:
Dewan Makan Asrama
Anjuran:
Pelajar asrama
Peserta:
Semua pelajar asrama dan warden
Pelaporan
Pelajar asrama bersama warden asrama telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Encik Mohd Amin Bin Misnoh pada 17 hb Februari pada jam 9.30 malam selepas pelajar selesai menyelesaikan solat fardhu Isyak. Encik Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Amin di kalangan pelajar asrama yang merupakan mantan PK HEM SMK BBST telah ditugaskan sebagai Pengetua di SMK Sungai Rawang.
Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya, ucapan oleh ketua pelajar asrama Uthmann Al-Syuraem, ketua warden Encik Mohd Asraf dan seterusnya ucapan oleh Encik Mohd Amin. Ketika beliau berucap, beliau telah berpesan kepada pelajar asrama tentang 3S 1P yang bermaksud Sijil Akademik, Sijil Kokurikulum, Sijil Sahsiah dan Pahala. Selain itu, beliau juga menekankan tentang disiplin pelajar. Beliau berpesan supaya tidak melakukan kesalahan disiplin yang boleh menyebabkan pelajar dibuang asrama. Antara kesalahan yang ditekankan oleh beliau ialah kesalahan keluar tanpa kebenaran warden, membuli, dan merokok.
Selain itu, beliau juga mengingatkan pelajar asrama agar menjaga dan menggunakan kemudahan-kemudahan di asrama seperti, mesin basuh, komputer beserta pencetak, mesin penapis air dan tempat menggosok pakaian dengan baik dan berhemah. Encik Mohd Amin juga menasihatkan pelajar asrama supaya mengikuti semua program-program yang sedang dilaksanakan. Antaranya, kelas Hafazan Al-Quran kaedah Al-Baghdadi, Kelas Fardhu Ain, Kelas Tambahan Berfokus dan Kelas Kemahiran Belajar.
Pada penghujung ucapan beliau berpesan supaya pelajar asrama menjaga hubungan baik dengan ibubapa, guru serta para warden. Encik Mohd Amin berharap agar pelajar asrama SMK BBST terus cemerlang pada masa akan datang.
Encik Mohd Amin menyampaikan nasihatnya kepada pelajar asrama |
Pelajar aspura dan aspuri |
Cikgu Asraf mewakili pihak asrama menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohd Amin sebagai tanda kenangan |
Encik Mohd Amin bersama isteri dan para warden |