Thursday, February 9, 2017

Bengkel Matematik Tambahan Tingkatan 5 (Program Intensif Asrama SMKBBST)

Nama Program :
Bengkel Matematik Tambahan Tingkatan 5 (Program Intensif Asrama SMKBBST)

Tarikh, Hari dan Masa :
4 Februari 2017, Sabtu, 8.00pagi - 12.30 tengah hari

Tempat :
Bilik Bahasa SMK BBST

Anjuran :
Unit Kurikulum dan Asrama SMKBBST

Penceramah :
En Malek bin Kamarudin

Peserta :
29 orang pelajar Asrama SMK BBST

Pelaporan :

Unit Kurikulum SMK BBST  telah menganjurkan Bengkel Matematik Tambahan khusus bagi pelajar Asrama SMK Bandar Baru Salak Tinggi pada  4 Februari 2017 (Sabtu) bertempat di Bilik Bahasa SMK BBST. Bengkel  bermula pada jam 8.00pagi sehingga 12.30 tengahari dengan dihadiri oleh 29 orang pelajar Asrama yang mengambil mata pelajaran matematik tambahan dalam SPM 2017. Ini merupakan salah satu Program Intensif Akademik pelajar Asrama SMK BBST yang  telah dirancang dalam usaha melaksanakan Program Transformasi Asrama SMK BBST. Bengkel ini telah dikendalikan oleh seorang pakar matematik tambahan iaitu En Malek Kamaruddin.

Bengkel ini di adakan bertujuan untuk membantu pelajar menguasai teknik dan kemahiran cara penyelesaian masalah matematik tambahan yang paling mudah mengikut langkah demi langkah dengan bimbingan Guru Pakar Matematik Tambahan. Pelajar juga di dedahkan dengan pelbagai contoh soalan yang berbentuk KBAT. Disamping itu, bengkel ini juga diharapkan dapat menukarkan corak minda pelajar supaya mengatakan ‘ Matematik Tamabahan Susah’ kepada ‘Matematik Tambahan Mudah’. 

Secara tidak langsung, bengkel ini juga diharapkan dapat membantu pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan dan  mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2017.
Pelajar sedang mengikuti bengkel
Guru Pakar menunjukkan pelbagai kaedah penyelesaian masalah

Guru Pakar memberi bimbingan semasa menjawab soalan 
   
Pelajar mengikuti bengkel dengan tekun