Friday, February 10, 2017

Bengkel Games Up Learning and Involvement (GULAI) dalam Platform VLE

Nama Program:
Bengkel Games Up Learning and Involvement (GULAI)

Tarikh, Hari, Masa:
9 Februari 2017, Khamis, 9.00 pagi- 11.00 pagi

Tempat:
Makmal Komputer SK Hicom, Shah Alam

Anjuran:
Pasukan Guru Advokasi, Petaling Perdana

Penceramah:
Cikgu Noorinne Azla, SK Hicom

Peserta:
22 orang peserta (Guru Advokasi, KUTV PPD Petaling Perdana, SISC+ Petaling Perdana)

Pelaporan:

FrogAsia telah memperkenalkan satu lagi aplikasi terbaru dalam platform VLE iaitu FrogPlay. Pasukan Guru Advokasi Petaling Perdana telah menganjurkan satu bengkel pilot penggunaan FrogPlay ini iaitu Bengkel GULAI (Games Up Learning and Involvement) pada 9 Februari 2017 di Makmal Komputer SK Hicom. Bengkel ini merupakan bengkel sukarela yang dihadiri oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada Guru Advokasi, guru-guru sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, dan turut juga disertai oleh KUTV PPD Petaling Perdana dan SISC+ Petaling Perdana. SMK Bandar Baru Salak Tinggi telah menghantar seorang wakil untuk menghadiri bengkel ini. Bengkel GULAI ini dikendalikan oleh Guru Advokasi dari SK Hicom iaitu Cikgu Noorinne Azla.

Antara objektif bengkel ini adalah:
  • memahami penggunaan Kredit, Avatar dan Permainan Mini dalam aplikasi FrogPlay sebagai ciri-ciri untuk sentiasa menguja dan meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran
  • memahami perspektif pelajar dengan mengalami bagaimana murid berinteraksi dengan FrogPlay dan melengkapkan kuiz mereka
  • mengetahui cara guru menyokong dan memperibadikan pembelajaran dengan pemberian tugasan kuiz
  • mengenalpasti cara yang berbeza untuk menganalisa laporan melalui aplikasi Assignment dan menggunakan laporan ini untuk menyokong pembelajaran murid
Sesi rakaman video dan temu bual juga telah diadakan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang hadir tentang aplikasi FrogPlay dan bengkel yang telah dijalankan.




Cikgu Noorinne Azla dari SK Hicom, Shah Alam

Antara peserta yang hadir

Perkongsian ilmu PdP daripada Puan Nurlina Onn Abdullah, SISC + PPD Petaling Perdana

Perkongsian ilmu daripada Cikgu Emkay Idzwan, Ketua Guru Advokasi Petaling Perdana dari SK Serdang

Gambar kenangan peserta bengkel