Sunday, January 1, 2017

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Taklimat Ibu Bapa

Nama Program: Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Taklimat Ibu Bapa
Tarikh: 30 Disember 2016
Masa: 7.45 pagi
Tempat: Dewan Makan Asrama dan Dewan Terbuka

Pelaporan:

Program ini telah diadakan pada 30 Disember 2016 yang melibatkan semua murid Tingkatan 1 sesi 2017 bersama penjaga mereka bermula jam 8.00 pagi. Para penjaga telah mengikuti sesi taklimat di Dewan Makan Asrama SMK BBST manakala murid-murid pula mengikuti sesi pengurusan persekolahan di Surau SMK BBST.

Para penjaga telah mengikuti tiga sesi perkongsian. Bersama YDP PIBG SMK BBST, para penjaga telah didedahkan akan perlunya sokongan berkesan ibu bapa dan penjaga terhadap proses pendidikan dan perkembangan anak-anak. YDP juga memberi penekanan kepada perlunya lonjakan peranan penjaga melalui PIBG SMK BBST. Pengetua pula berkongsi halatuju SMK BBST bagi sesi persekolahan 2017. Ini penting untuk menentukan matlamat jangkapanjang untuk meningkatkan band sekolah kepada Band 3 pad 2020 dapat dicapai sekaligus mengangkan kualiti pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia

Pengetua juga berkongsi tentang Pelaziman Baru yang akan menjadi teras kerangka teoritikal dalam pelaksanaan aktiviti murid SMK BBST sepanjang sesi 2017 ini. Selain itu, Program Sekolah Amanah yang dilaksanakan di SMK BBST yang memasuki tahun kedua pada sesi ini juga turut dikongsikan oleh Pengetua. Dalam sesi berikutnya Penolong Kanan Petang pula memberi penekanan kepada pengurusan pembelajaran bagi murid-murid sesi petang.

Pelaziman Baru yang berkait dengan tatacara pengurusan murid semasa hadir ke sekolah, Solat Zohor dan Solat Asar telah dilaksanakan oleh Unit Disiplin dan Unit Kaunseling yang diketuai oleh En. Khazin dan En. Razi. Mereka belajar (Learn) untuk beriltizam dengan tingkahlaku baru yang lebih berkesan dan meninggalkan (Unlearn) tingkahlaku lama yang bermasalah. Proses belajar berterusan (relearn) ini diperkukuh dengan sokongan ganjaran dan hukuman yang konstruktif.

Rata-rata penjaga dan murid yang ditemui pada akhir sesi ini memberikan reaksi positif tentang program ini. Diharapkan program ini dapat melonjakkan keberkesanan tingkahlaku murid dan keberkesanan sokongan penjaga kepada proses persekolahan di SMK BBST di sepanjang tahun 2017.




Ibu bapa yang menghadiri taklimat di Dewan Makan Asrama

Bacaaan Doa daripada Ustaz Ab Razak

Taklimat daripada Pengetua, Tn Hj Arbain bin Pinni


Ucapan daripada YDP PIBG, Tn Hj Helmi bin Arshad

Taklimat kepada pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 di kantin sekolah

Barisan pelajar-pelajar perempuan

Barisan peljar-pelajar lelaki

Sesi suai kenal dan taklimat oleh guru kelasa di dalam kelas masing-masing

Sesi perjumpaan dengan ibu bapa



Pengambilan buku teks mengikut tingkatan