Tarikh : 27 Disember 2016
Anjuran: SMK BBST dengan Kerjasama Success Touch Group
Tempat: Dewan Utama Politeknik Nilai
Peserta: Semua guru dan kakitangan SMK BBST
Pelaporan:
Program Pembangunan Organisasi ini telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Disember 2016 di Dewan Besar Politeknik Nilai, Bandar Enstek. Program ini dikendalikan oleh pasukan jurulatih daripada Success Touch yang diketuai oleh En. Mohd. Faizul Ikhwan Erusan. Semua guru dan kakitangan sokongan terlibat di dalam program sulung SMK BBST bagi menguruskan cabaran bagi sesi persekolahan 2017 secara lebih berkesan.
Program ini dilaksanakan menggunakan metodologi experiential learning yang merupakan adunan dinamik tindakan reflektif dengan refleksi aktif. Kerangka teoritikal yang mendasari perlaksanaan program ini adalah Model Tuckman (2008) yang memberi fokus untuk membangunkan organisasi SMK BBST sebagai satu pasukan berfokus kepada daripada fasa Forming, Norming, Storming kepada fasa Performing. Impak utama yang diharapkan daripada program ini adalah lonjakan proses kreatif dan aktiviti inovasi dalam kelangsungan proses berpasukan di sepanjang sesi persekolahan 2017 nanti.
Selepas menyempurnakan dua sesi perkongsian selama 240 minit, para peserta telah menikmati ruang dan peluang mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan proses berpasukan. Rata-rata para peserta sangat berpuashati dan lebih bersedia untuk menguruskan cabaran pada sesi persekolahan yang akan datang.
Sesi perkongsian ilmu daripada fasilitator Success Touch Group |
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang team building ini. |