Nama Program:
Gotong-royong Perdana
Tarikh, Hari, Masa:
20 Januari 2017, Jumaat, 7.30 pagi - 12.20 tengahari dan 2.30 petang-6.40 petang
Tempat:
Sekitar Kawasan Sekolah
Anjuran:
Unit Hal Ehwal Murid SMK BBST
Peserta:
Semua murid sesi pagi dan petang
Pelaporan:
Unit Hal Ehwal Murid SMK BBST telah menganjurkan satu program Gotong-royong Perdana pada 20 Januari 2017 dan merupakan program tahunan sekolah. Objektif program ini adalah untuk memastikan setiap kawasan sekolah berada dalam keadaan bersih dan ceria dan memberikan keselesaan kepada semua murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Semua murid sesi pagi dan petang terlibat dalam program ini mengikut sesi masing-masing. Antara kawasan yang terlibat dengan program gotong-royong ini adalah bilik-bilik kelas dan bilik-bilik kelas, kantin, asrama dan surau.
Program seumpama ini mewujudkan rasa kekitaan, rasa prihatin dan penyayang warga sekolah untuk memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih dan ceria.
Menceriakan kelas |
Membersihkan dan menceriakan Bilik Mesyuarat |
Keadaan bilik mesyuarat yang bersih dan kemas selepas gotong-royong |
Keadaan bilik KH/ERT yang bersih dan kemas |
Membersihkan makmal komputer |
Keadaan makmal komputer yang bersih |
Gotong-royong di Pusat Sumber sekolah |