Monday, April 11, 2016

Program "CAKNA ANAKKU" (Bahagian II)

Program "CAKNA ANAKKU" telah berlangsung dengan jayanya pada 9 April 2016 yang lalu. Ia merupakan program yang julung kali diadakan oleh pihak sekolah bersama-sama ibu bapa pelajar-pelajar asrama SMK BBST. Kehadiran ibu bapa yang ramai pada program ini telah menunjukkan sikap keprihatinan ibu bapa terhadap anak masing-masing di yang tinggal di asrama.

Objektif program ini adalah:
  • memupuk tanggungjawab bersama antara ibu bapa dan pihak sekolah bagi memastikan keselesaan pembelajaran berkualiti
  • meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu mengawal disiplin pelajar
  • memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan asrama dalam meningkatkan sahsiah dan akhlak pelajar.
Ini sangat bersesuaian dengan moto asrama SMK BBST iaitu " KEMENJADIAN MURID TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Dalam program ini, ibu bapa berpeluang untuk menghadiri sesi "brainstorming" bersama-sama dengan Pengetua SMK BBST, Tn Hj Arbain bin Pinni. Selain daripada itu, ibu bapa juga berpeluang untuk melihat sendiri setiap kamar anak masing-masing melalui aktiviti "Raod Map" ASPURA ASPURI. Secara tidak langsung, ibu bapa boleh memberi cadangan penambahbaikan terhadap kemudahan dalam kamar Aspura dan Aspuri. Diharapkan semua ibu bapa pelajar Aspura dan Aspuri dapat bersama-sama menggembleng tenaga dalam pembentukan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar asrama.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMK BBST, Tn Hj Helmy bin Arshad.

Pendaftaran Ibu Bapa/Penjaga


Sambutan mesra Pengetua 


Antara ibu bapa yang hadir


Sesi Brainstorming bersama Pengetua













Perasmian penutup oleh YDP PIBG SMK BBST



Sesi "Road Map" Aspura Aspuri