Kursus Kepimpinan dan Intelektual Pengawas (KEPIP) yang telah diadakan pada 9 April 2016, merupakan aktiviti tahunan Badan Pengawas SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Pada tahun ini, Badan Pengawas telah bekerjasama dengan Aktivis M. Sasaran kursus ini adalah melibatkan semua pengawas dari Tingkatan 1 hingga 6.
Melalui kursus ini, peserta dapat diberi pendedahan mengenai cara pengendalian tugas kepada pengawas sekolah dan seterusnya dapat melahirkan barisan pengawas yang berketrampilan dalam mendokong peraturan sekolah.
Objektif kursus ini adalah:
- memantapkan pengetahuan sedia ada berkaitan dengan modul program jati diri.
- memupuk nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
- membina keyakinan diri dengan persediaan yang mantap ke arah peningkatan akademik dan sahsiah
- menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap pengawas
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini adalah senaman, Ice Breaking, Push the Button, Kepimpinan, Menghadapi Cabaran Remaja, Komunikasi dan juga Permainan Dinamik. Selain mendapat tunjuk ajar dari pasukan Aktivis M, semua peserta sangat bertuah kerana Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi juga terlibat sebagai salah seorang fasilitator yang memberikan ilmu kepimpinan kepada perserta yang terlibat pada kursus ini.
Perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN Dengkil), YB Shahrum bin Dato' Mohd Sharif.
Ahli-ahli Aktivis M
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Aktivis M
Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Pengetua, Tn Hj Arbain bin Pinni
Peserta mempraktikkan semua aktiviti yang telah dipelajari