Tuesday, April 12, 2016

Program Bicara Buku

Program Bicara Buku diteruskan lagi dengan ulasan buku bertajuk Berfikir seperti Inventor yang disampaikan oleh Saudari Maisarah binti Abdul Halim dari kelas 5ICT



Ulasan buku:


Buku ini ditulis bagi membantu ibubapa, guru-guru dan pembaca meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak dan para pelajar mereka. Apabila individu itu mahu berfikir seperti inventor, maka ia perlu berfikir secara proaktif. Kemahiran berfikir secara proaktif memerlukan daya imaginasi yang tajam di samping logik yang betul dan maklumat yang tepat.