Program Bicara Buku diteruskan lagi dengan menjemput pemenang Anugerah NILAM Tahap Jauhari 2015, Saudari Aniz Athirah dari tingkatan 5ICT. Saudari Aniz telah membaca sebanyak 311 buah buku sepanjang tahun 2015.
Tajuk Buku: Komunikasi Asas Kemahiran Membaca dan Menulis Untuk Pelajar
Pengarang: Ahmad Marzuki Ismail
Ulasan:
Kecemerlangan tamadun berpaksikan ilmu pengetahuan. Tradisi membaca telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh ilmuan dan agamawan yang tersohor. Tradisi membaca telah menjadi penanda aras utama kepada pencapaian luar biasa. Memetik nukilan Saidina Ali R.A "Tuntutlah kamu dengan ilmu kerana ilmu menjaga kamu dan harta kamu. Harta apabila diperdagangkan akan berkurang, tetapi ilmu apabila diperdagangkan akan bertambah".