Friday, July 27, 2018

HARI KOMUNIKASI (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018)

Nama Program :
Hari Komunikasi (Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018)

Tarikh / Hari / Masa :
27 Julai 2018 / Jumaat / 9.00pagi - 12.00 tengah hari

Tempat :
Kelas Masing-masing

Sasaran :
Murid PPKI, Tingkatan 1, 2,3,4 dan 5

Pelaporan :

Hari komunikasi merupakan hari yang dipilih khas untuk memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa/penjaga bertemu dan berdiskusi dengan guru-guru mata pelajaran, umumnya dan guru tingkatan, khasnya.  Hari komunikasi ini diharapkan dapat memberi pengisian yang bermakna kepada kedua-dua belah pihak bagi membincangkan aspek-aspek yang berkaitan prestasi akademik, sahsiah dan kecemerlangan murid SMKBBST.

Hari Komunikasi pada hari ini telah berjalan dengan baik dan lancar atas kerjasama semua pihak. Diharap diskusi ini mampu melonjakkan lagi kecemerlangan akademik , peningkatan kepada sahsiah murid dan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah.

Ibu kepada pelajar PPKI sedang mendengar penerangan dari guru kelas 

Bapa murid sedang mendengar penerangan dari guru kelas

Gandingan guru kelas dari sesi pagi dan petang 

Ibu dan bapa murid sedang berbincang bersama guru kelas

Guru kelas sedang memberi penerangan berkaitan headcount