Tuesday, March 6, 2018


PROGRAM TRANSMINDA PELAJAR TINGKATAN 3

Tajuk :
Program TRANSMINDA Pelajar Tingkatan 3

Tarikh / Hari / Masa:
21 Hingga 22 Februari 2018  / Rabu & Khamis / 8.00 pagi - 10.30 pagi

Tempat:
Laman Surau dan Dewan Terbuka SMK BBST.

Sasaran:
Pelajar Tingkatan 3

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST

Penceramah/Fasilitator :
Kaunselor SMK.BBST


Pelaporan:

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan aktiviti TRANSMINDA pada hari Rabu bersamaan 21 Februari 2018 bertempat di Laman Surau SMK.BBST pada jam 8.00 pagi hingga jam 10.30 pagi. Program ini dilaksanakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang bakal menghadapi PT3 dan serama 67 orang pelajar terlibat yang terdiri dari kelas 3 Ikhlas, 3 Mulia dan 3 Tekun. Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar mengenalpasti impian atau cita-cita pelajar apabila mereka dewasa kelak. Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk membentuk sikap saling sayang-menyayangi diantara satu sama lain. Kaunselor turut melakukan beberapa aktiviti seperti ice breaking bagi memastikan objektif program ini tercapai.