CPD TeachSmart 3.2 - Kajian Tindakan
Tarikh,Hari,Masa
5,6 dan 8 Februari 2018- Isnin/Selasa/Khamis/ 2:00 petang - 4:petang / 11:00 pg - 1:00 petang
Tempat :
Bilik Bahasa SMK bandar Baru Salak Tinggi
Sasaran :
Semua Guru SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Anjuran :
Program Sekolah Amanah (TeachSmart Programme )
Matlamat CPD :
1. Ke arah membudayakan guru-guru SMK BBST menggunakan pelbagai data dan melaksanakan kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan keberkesanan amalan guru seterusnya meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Pembelajaran Abad ke-21.
2. melayakkan SMKBBST untuk mendapat akreditasi Program Sekolah Amanah dengan sekurang-kurangnya 70% guru melaksanakan Kajian Tindakan untuk meningkatkan amalan pdpc mereka dan menambahbaik perkembangan dan pencapaian murid
Objektif CPD :
Untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru tentang Kajian Tindakan
Kriteria Kejayaan:
Peserta kursus dianggap berjaya jika dapat:
1. Mengenal pasti tujuan kajian tindakan
2. Mengenal pasti format penulisan proposal kajian tindakan
3. Mengenal pasti format penulisan laporan kajian tindakan
4. Mengenal pasti cara mengenal pasti isu atau fokus kajian tindakan
Penceramah/Fasilitator/Middle Leader
1. Datin Rosnani bt Ab.Latif
2. Pn.Hamizah bt Yeop Yahya
3. Pn Siti Suryani bt Malat
4. Pn.Siti Zamhemrah bt Mat Ghani
5. Pn.Puvana a/p Palanisamy
Pelaporan :
CPD di bawah tajuk kajian tindakan ini diadakan bagi memastikan semua guru SMK BBST diberi pendedahan tentang proses kajian tindakan dan melaksanakan kajian tindakan sebagai satu sasaran guru ( teacher target ) untuk tahun 2018. Di samping itu diharapkan juga dengan adanya pendedahan ini, guru-guru SMKBBST akan melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan pdpc masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan ini yang melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati agar dapat meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid.
CPD ini dilaksanakan dalam empat kumpulan mengikut bidang iaitu :
Isnin - guru-guru bidang Bahasa,
Selasa - guru-guru bidang Sains dan Matematik,
Khamis ( 2 slot ) :
pagi - guru sesi petang
petang - bidang Kemanusiaan.
Pembentangan oleh Pn Siti Zamhemrah bt Mat Ghani sebagai pembuka tirai CPD |
Ml Pn Siti Suryanai Malat - menjelaskan format penulisan proposal kajian tindakan |
Pn Hamizah bt Yeop Yahya menjelaskan format pelaporan kajian tindakan |
Pn Puvana a/p Palanisamy menjelaskan cara-cara mengenal pasti isu atau fokus kajian tindakan |
Aktiviti Token Talk Time - berbincang menggunakan thinking prompts |
Pn Rosnani Ab Latif menerangkan PMS/ART guru-guru bagi sesi 2018 |
Para peserta memberi maklum balas |
Group 2 ML bersama-sama SLT - Ustaz Salehin bin Abdullah dan EP- Pn.Michell |