Wednesday, October 11, 2017

PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM MATA PELAJARAN ERT 2017

Nama Program  :
Bengkel Teknik Menjawab Mata Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) SPM 2017 Sekolah-Sekolah Daerah Sepang.

Tarikh, Hari, Masa :
28 September 2017, Khamis, 10.30pagi - 1.30petang

Tempat  :
SMK Dengkil, Sepang Selangor

Anjuran  :
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang dan Panitia ERT Negeri Selangor

Penceramah  :
Pn Janiah binti Idris (Jurulatih Utama, Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Negeri Selangor)

Peserta  :   
10 orang pelajar SMK BBST serta 25 pelajar dari sekolah lain Daerah Sepang

Pelaporan  :

Matlamat utama dijalankan aktiviti ini bertujuan  :
1.  Memantapkan pemahaman dalam tajuk mata pelajaran ERT Tingkatan 4 dan 
     Tingkatan 5.
2.  Memberi pendedahan teknik dan kemahiran menjawab soalan kertas 2 mata pelajaran
     Ekonomi Rumah Tangga (ERT) SPM
3.  Membimbing pelajar menjawab soalan berbentuk Kemahiran Beraras Tinggi (KBAT).

Aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya. Penceramah berharap agar pelajar yang hadir dapat berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekelas yang tidak dapat hadir.


Sesi pengenalan bersama pelajar

Pendedahan kepada teknik menjawab 

Perkongsian ilmu semasa bengkel