Sunday, October 29, 2017

JAMUAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 6 SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI 2017


Nama Program : 
"FLOR DE LA NOITE"  PRE-U HI-TEA 2017 

Tarikh, Hari, Masa :
25 Oktober 2017, Rabu, 1:30 pm - 5:30 pm


Tempat:
Brooke Ballroom, Nilai Springs Resort Hotel, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.


Sasaran/peserta:
Semua Pelajar Tingkatan 6 Atas dan 6 Bawah 
Guru-guru Tingkatan 6
barisan Pentadbir 
YDP PIBG + AJK

Pelaporan :


Majlis Jamuan Akhir Tingkatan 6 ini diadakan adalah untuk menghargai peranan pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan guru-guru Tingkatan 6. Program ini juga diadakan untuk meraikan pelajar Tingkatan 6 Atas yang akan menamatkan pengajian mereka di SMK Bandar Baru Salak Tinggi. 

Objektif program jamuan ini pula adalah untuk:

     1. memupuk semangat kerjasama para pelajar Tingkatan 6 dalam usaha menjayakan program
     2. melatih para pelajar untuk mengurus sesuatu program dengan pemupukan pelbagai nilai murni 
     3. menghargai peranan para pelajar dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang tahun 2017.
     4. memberi peluang kepada para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sosial.

Sebagai pengisian majlis jamuan kali ini, selain ucapan, majlis Penyampaian Anugerah Pengetua turut diadakan. Penerima Anugerah Pengetua merupakan pelajar-pelajar yang mendapat pointer 2.25 ke atas dalam Keputusan Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 3 dan Penggal 1 2017. Seramai 10 orang calon dari Tingkatan 6 Atas  dan 4 orang calon dari Tingkatan 6 Bawah telah terpilih untuk menerima anugerah ini yang disampaikan sendiri oleh Tuan Pengetua, Tn Hj.Muhamad Yusri bin Dahrumi. Untuk menambahkan lagi serinya majlis dan sebagai suntikan motivasi, para penerima anugerah dikehendaki memakai jubah semasa menerima Sijil Anugerah.  Selepas itu diadakan pula aktiviti "surprise" iaitu majlis memotong kek sempena hari ulang tahun kelahiran (lahir bulan Oktober ) untuk Tuan Pengetua, Tuan YDP PIBG, Pn.Tn.Sharifah bt Tuan Muda dan Pn Farah bt Lamun. Kek ini merupakan sumbangan daripada pihak hotel. Aktiviti lain yang diadakan ialah persembahan pelajar seperti nyanyian dan  lakonan  dan persembahan multimedia. Sesi bergambar turut diadakan sama ada di pentas utama mahu pun di sudut Photobooth dan di persekitaran dewan. Majlis berlangsung dengan lancar dan dalam suasana yang meriah. 

Sekalung penghargaan buat semua penyumbang sama ada dalam bentuk wang, tenaga mahu pun peralatan bagi memastikan majlis ini berjalan lancar. Jasamu dikenang.





Kaunter Pendaftaran

Ucapan wakil Pelajar Tingkatan 6 Atas
Ucapan Wakil PIBG

Ucapan daripada Tuan Pengetua


Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Pengetua

Penerima Anugerah Pengetua

Penyampaian Cenderamata Kepada YDP PIBG

Tetamu VIP

Antara pihak pentadbir dan AJK PIBG yang hadir


Para Guru Tingkatan 6


Pelajar mengambil makanan


Persembahan Nyanyian dan tayangan  

Suasana dalam dewan

Suasana dalam dewan