Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Tingkatan Enam Daerah Sepang 2017
Tarikh, Hari, dan Masa
Slot 1 - 8 Julai 2017 / Sabtu / 8.00 pagi - 2.00 petang
Slot 2 - 22 Julai 2017 / Sabtu / 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat :
Bilik Gemilang Puri, PPD Sepang.
Anjuran :
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sasaran :
Semua guru Tingkatan Enam
SMK Bandar Baru Salak Tinggi/SMK Cyberjaya/SMK Sg.Pelek
Objektif Kursus :
Para peserta akan dapat :
- meningkatkan pemahaman dan pengetahuan guru tentang Pembelajaran Abad ke-21
- memantapkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran Abad ke-21
- mengaplikasikan strategi dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21
Pelaporan :
Program ini diadakan bagi memastikan guru-guru Tingkatan Enam tidak ketinggalan dalam arus tranformasi pendidikan khususnya yang berkaitan dengan pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Antara pengisian program ialah Komunikasi Berkesan, Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Peta Pemikiran ( i-Think ), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Kemahiran Penulisan dan Pelaporan Kertas Penyelidikan & Pembentangan Kajian Tindakan. Para penceramahnya terdiri daripada Jurulatih Utama dalam kalangan guru Tingkatan 6 Daerah Sepang dan Encik Mohd Khir bin Kassim dari Kolej Tingkatan 6 Petaling Jaya. Program ini telah dipantau oleh dua orang Pegawai dari PPD Sepang iaitu Encik Afindi bin Mohd Salleh dan Encik Mohd Rosli bin Ahmad. Pemantauan program turut dilakukan oleh Pegawai dari Jabatan Pendidikan Selangor iaitu Tn. Hj. Amrin bin Amin, pada 22 Julai 2017. Majlis Penutupan Program telah dilaksanakan secara rasminya oleh Encik Mohd Alias bin Awang, Ketua Penolong PPD Pengurusan Akademik, PPD Sepang.