Thursday, July 20, 2017

HARI KUALITI (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017)

Nama Program :
Hari Kualiti (Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017)

Tarikh, Hari dan Masa :
22 Jun 2017 , Khamis, 7.30 pagi - 12.50 tengah hari

Tempat :
SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Anjuran :
Unit Kurikulum, SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Pelaporan :

Unit Kurikulum SMK Bandar Baru Salak Tinggi telah menganjurkan Hari Kualiti (Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017) pada 22 Jun 2017 dari jam 7.30 pagi - 12.50 tengah hari. Hari kualiti telah berjalan dengan lancar dan jayanya atas kerjasama semua pihak. Kehadiran ibu bapa serta penjaga juga amat memberangsangkan, ini menunjukkan sokongan dan kerjasama yang baik. Hari kualiti merupakan hari yang dipilih bagi memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa atau penjaga bertemu dan berdiskusi dengan guru-guru, umumnya dan guru tingkatan, khasnya. Hari kualiti ini juga memberi pengisian yang bermakna kepada kedua-dua belah pihak bagi membincangkan aspek-aspek yang berkaitan prestasi akademik, sahsiah dan kecemerlangan pelajar di sekolah.  

Objektif :
1.  Memberi ruang dan peluang kepada guru-guru dan ibu bapa untuk berdiskusi
2. Ibu bapa dapat membincangkan prestasi akademik anak-anak mereka.
3. Ibu bapa dapat maklumat berkaitan sahsiah dan tingkah laku anak-anak di sekolah
4. Guru menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa 
     berkaitan anak-anak mereka. 
5. Pihak sekolah dapat menyampaikan hasrat dan matlamat sekolah bagi menjana
     kecemerlangan pelajar dan juga sekolah. 

Diharapkan diskusi ini mampu menjadi titik tolak ke arah kecemerlangan pelajar dan sekolah, secara tidak langsung dapat merealisasikan misi dan visi sekolah.

Perhimpunan pagi di Dataran Pengetua

Sesi perbincangan ibu bapa bersama guru tingkatan

Pentadbir sekolah turut bersama guru tingkatan semasa sesi perbincangan

Ibu bapa menunggu giliran bagi sesi perbincangan bersama guru tingkatan

Kehadiran ibu dan bapa menunjukkan sokongan bagi kecemerlangan anak

Guru, Ibu bapa serta pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)