Thursday, May 11, 2017

TAKLIMAT PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (SEJARAH) KEPADA CALON/PELAJAR TAHUN 2017

Nama Program               : Taklimat Pentaksiran Tingkatan 3 (Sejarah) kepada 
                                             calon/pelajar Tahun 2017. 
Tarikh, Hari dan Masa  :  25 April  2017, Selasa , 7.30pg - 8.30pg
Tempat                             :  Dataran pengetua
Anjuran                            :  Panitia Sejarah
Peserta                              : Semua Kelas Tingkatan 3 (12 Kelas)
Penyampai Taklimat      : Pn Wan Khairizan Bt Meor Abdullah

Pelaporan     :  

1.0   Pengenalan

Tahun 2017 merupakan tahun keempat  Pentaksiran tingkatan 3 Sejarah  dilaksanakan. Pelajar dikehendaki melaksanakan satu tugasan Kajian Kes tentang Peristiwa Bersejarah di kawasan Tempat Tinggal  pelajar. Pelajar-pelajar perlu menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan bermula 2hb Mei  hingga 26hb Mei  2017. Tugasan hanya dibuat di dalam kelas masing-masing sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah dalam masa 360 minit atau 12 waktu. Namun pelajar dibenarkan membawa bahan sendiri sewaktu penulisan pelaporan  dan  perancangan awal dan akhir dijalankan. Guru-guru perlu memberi panduan kepada pelajar serta bimbingan yang sewajarnya. Pelajar perlu menulis pelaporan Kajian sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.

2.0   Perbincangan Taklimat Kepada Calon
          2.1    Guru mata Pelajaran mengedarkan bahan kepada semua Calon
          2.2   Guru membacakan Arahan kepada Calon satu persatu dan menerangkan secara
                   terperinci  setiap aspek.
         2.3    Guru menekankan aspek kepentingan Kehadiran Pelajar
         2.4    Guru menekankan Tarikh Pelaksanaan PT 3 Sejarah
         2.5    Guru menerangkan jadual pelaksanaan PT3 Sejarah secara terperinci
         2.6    Guru membacakan soalan PT3 Sejarah dan menghurai serba ringkas kehendak
                   soalan.  Guru mata pelajaran akan menghurai dengan terperinci di dalam kelas 
                   masing-masing.
         2.7    Guru menyatakan bahan rujukan boleh dibawa sewaktu penulisan perancangan
                   awal dan  semasa membuat pelaporan kajian.
          2.8   Guru mengingatkan kepada pelajar setiap kali penulisan akan dikutip oleh guru
                  dan tidak  dibenarkan membawa pulang ke rumah.
         2.9   Guru  memaklumkan surat edaran pemberitahuan kepada ibu bapa telah 
                  pun dibuat dua minggu sebelum itu.
        2.10   Guru mengarahkan pelajar supaya mengingatkan semula kepada ibu bapa
                   masing-masing tentang pelaksanaan PT3 ini.
        2.11   Guru mengakhiri taklimat dengan menyatakan kepentingan Pelaksanaan tugasan
                  ini dan tidak ada ulangan semula.

 3.0   Penutup

PT3 Sejarah perlu dilaksanakan oleh pelajar Tingkatan 3. Pelajar perlu memberi kerjasama dan bertanggung jawab melaksanakan tugasan dengan baik. Pelajar diminta merebut peluang ini dengan menjawab bersungguh-sungguh serta sentiasa mencari maklumat sebelum penulisan pelaporan dibuat. Kerjasama semua pelajar sangat-sangat diharapkan demi peningkatan prestasi subjek sejarah dalan PT3.

Pn Wan Khairizan menyampaikan taklimat kepada pelajar

Pelajar mencatat maklumat - maklumat penting di dalam buku nota masing-masing

Pelajar sedang mendengar taklimat dengan tekun