Wednesday, May 17, 2017

Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba oleh PTPTN

Nama Program : 
Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional.

Tarikh, Hari, Masa :
10 April 2017, Isnin, 8.00 pagi

Tempat :
Dataran Pengetua dan Bilik VLE Frog

Anjuran :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Peserta :
Murid-murid Pendidikan Khas
Murid-murid SMK BBST
Guru-guru SMK BBST

Pelaporan :

Objektif Program :
1. Merapatkan hubungan dengan masyarakat luar (NGO).
2. Merealisasikan penggunaan komputer riba dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid berkeperluan khas.
3. Menambahkan ilmu pengetahuan dengan mengamalkan penggunaan komputer dalam pembelajaran.

Tentatif program :

Pada 10 April 2017 telah diadakan majlis penyerahan sumbangan komputer riba di tapak perhimpunan SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Program bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan Yang Berhormat Dato' Dr Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan merupakan ahli parlimen Lenggong. Majlis dimulakan dengan ucapan YB Dato' merasmikan penyerahan sumbangan komputer riba.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan komputer riba oleh YB Dato' Shamsul Anuar kepada Tuan Haji Arbain bin Pinni, Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Sebanyak 10 buah komputer riba telah di sumbangkan kepada Program Pendidikan Khas SMK BBST. Pihak sekolah menyampaikan cenderahati berupa hasil kerja tangan murid Pendidikan Khas kepada Pengerusi PTPTN.

Pihak PTPTN telah membuka booth pameran bagi menyampaikan maklumat secara terus kepada warga sekolah terutama produk baharu, SSPN-i Plus yang menawarkan simpanan masa depan untuk pendidikan selain turut menyediakan perlindungan takaful kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Booth pameran tersebut telah dibuka dihadapan bilik bahasa.

Program diteruskan dengan lawatan mesra YB Dato' ke kelas Pendidikan Khas. Sewaktu lawatan tersebut, YB Dato' menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada murid-murid Pendidikan Khas. YB Dato' juga turut melihat proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas.

Selepas itu, YB Dato' dibawa melawat ke bilik VLE frog untuk melihat murid-murid Pendidikan Khas mengikuti proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan teknologi maklumat iaitu komputer riba di bawah bimbingan Pn Nurul Shazaliza. Sebagai simbolik kepada penyerahan sumbangan komputer riba, YB Dato' Dr Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah, Pengerusi PTPTN menandatangani plak yang dilekatkan di dinding dalam bilik VLE Frog. Majlis diteruskan dengan sidang media iaitu sesi temuramah YB Dato' dan Tuan Pengetua oleh siaran radio dan televisyen RTM. 

Selepas berakhir sesi temuramah oleh pihak media, YB Dato' di bawa ke bilik mesyuarat untuk jamuan makan. Program yang berakhir pada jam 12.30 tengah hari ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama daripada semua pihak. Adalah diharapkan program seumpama ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim murid-murid Pendidikan Khas dengan masyarakat luar dan membuka mata masyarakat luar tentang keperluan pembelajaran murid-murid Pendidikan Khas.