Saturday, April 22, 2017

JAMUAN POT-LUCK PELAJAR TINGKATAN 6A1 BERSAMA DENGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMK BBST



JAMUAN POT-LUCK   PELAJAR  TINGKATAN 6A1 BERSAMA DENGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMK BBST

Tarikh:
Jumaat, 17 Mac 2017  Masa: 10.10-10.30 pagi
Tempat:
Kantin Sekolah
Anjuran
Pelajar 6 Atas 1 bersama unit Kesurea
Fasilitator:
Guru MUET, Kesurea & Pendidikan Khas
Peserta/Sasaran:
Pelajar  Tingkatan 6 Atas 1 dengan Pendidikan Khas SMK Bandar Baru Salak Tinggi
OBJEKTIF
Mengeratkan hubungan silaturrahim dan menanam sifat kasih sayang antara murid-murid 6A1 dengan murid-murid berkeperluan khas.
Kos:
Kutipan wang murid-murid tingkatan 6A1 secara sukarela sebanyak RM100.00

Laporan:
Projek Jamuan Pot-Luck ini dianjurkan oleh pelajar Tingkatan 6 Atas 1 atas inisiatif mereka sendiri dengan bimbingan guru MUET mereka Pn. Noor Razalina. Pelajar Tingkatan 6 Atas  1 seramai  7 orang telah membuat kutipan dan menyediakan makanan dan minuman untuk pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Inisiatif yang diambil oleh pelajar tersebut amat membanggakan kerana keprihatinan mereka terhadap pelajar keperluan khas di SMK BBST. Mereka telah  menyediakan pelbagai juadahnya sendiri  dan berupaya memberikan layanan sebaik mungkin kepada pelajar P. Khas. Hasil pemantauan guru P. Khas dan Tingkatan 6  semasa aktiviti ini dijalankan menyatakan bahawa mereka sangat  berpuas hati dan  gembira dengan sikap yang ditonjolkan oleh pelajar  6 Atas 1. Walaupun masa bersama pelajar-pelajar agak terhad namun mereka berjaya menjalankan projek ini dengan jayanya dan teratur.


                           Murid-murid unit PPKI menikmati hidangan Pot-Luck yang disediakan.




                    Murid-murid lelaki unit PPKI menikmati hidangan Pot-Luck pada waktu rehat

                          Makanan “Pot-Luck” yang disediakan oleh murid 6A1
Murid-murid 6A1 bersama-sama dengan guru-guru Unit Pendidikan Khas